Kini para penggemar filem berpeluang untuk merasai pengalaman tontonan yang berbeza dengan pelancaran saluran A-List, berdefinisi tinggi (HD) terbaru daripada Astro.
Ia bakal menyiarkan variasi filem antarabangsa dan serantau terbaik yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman.
Saluran A-List akan disiarkan di Astro saluran 456 bermula dari 1 Oktober 2013.
Filem-filem di saluran A-List akan ditayangkan dalam bahasa asal filem tersebut dengan pilihan sarikata dalam pelbagai bahasa disediakan.
Setiap bulan, A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.
Bagaimana filem-filem dipilih untuk saluran A-List di Astro:
Filem-filem yang tercalon dan memenangi anugerah ini dipilih secara terperinci untuk disiarkan di saluran A-List berdasarkan kriteria berikut:
- Tema, tahap relevan, ciri tersendiri dan unik dengan mengetengahkan isu dan keupayaan untuk menjana daya pemikiran dan perbincangan.
- Hasil karya para pengiat filem baru yang kreatif.
- Filem-filem yang mendapat perhatian di Malaysia dan juga serantau.
- Berdasarkan kisah benar dan mempunyai unsur lanskap sosial, ekonomi dan politik dunia serta serantau yang relevan.
Para pelanggan boleh menonton saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15 untuk lapan buah filem berbeza setiap bulan ataupun menempah secara ala-carte dengan bayaran RM8 untuk sebuah filem
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan saluran A-List, sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/A-List atau hubungi talian 1300 82 3838.
pandai astro berniaga..hu3..makin untung ma..yg ada ni pun xabis nk tengok lg..
Dah bosan tonton filem entah ape entah yang syok sendiri dekat pasaran. baik layan filem berkuali yang ada juga menang anugerah he..23x
hmm yg njoi ni cm na? kami pon nk gak 1 saluran HD, buat apa bg port HDMI kalau tak leh fungsi, kenapa tak on je port tu kalau bukan HD skali pon? bukannya rugi pon kalau bukak!
baru perasan dengan channel baru ni..
macam2 channel dah ada
Tambah lagi saluran. Nanti nak lihat tawaran filem.