Asal nak dekat raya je, pasti Bank Negara Malaysia perlu cetak wang kertas baru bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Ye la, raya setahun sekali (kata orang, sedangkan kenyataannya semua perayaan di Malaysia, dorang sambut)
Maka amalan memberi duit raya dah menjadi tradisi (sejak bila pun Bro tak tahu la kan) tapi malangnya ramai yang kurang berminat menggunakan duit kitar semula sebagai duit raya.
Sebab itu, menjelang hari raya (kalau ikutkan selepas gaji @ bonus masuk) sure ramai beratur dekat bank untuk tukar wang mereka kepada wang kertas yang lebih kecik dan lebih baru.
Kalau boleh nak no sirinya mengikut susunan.
Pakai duit lama pun boleh, asalkan boleh mengembirakan orang yg menerimanya.
Terima kasih jika korang sudi hulurkan duit raya pada Bro.
Last Bro dapat duit raya waktu umur 15 tahun. Itupun sebab pakcik Bro telah tiada (dia je yg rajin bagi duit raya dekat Bro)
Al-fatihah buat arwah pakcik (jika dia sudah meninggal dunia – polis dah tutup kes, sebab dah lebih 10 tahun xdapat jejak dia), arwah isterinya dan anaknya (yakni sepupu bro) yang telah pergi menghadapi Illahi minggu lepas.
Banyaknya duit raya dekat gambar di atas tu… Bro punya ker? Nak tukar duit raya dengan Bro boleh? Saya tak sempat lagi nak tukar duit raya, sekarang ni tengah kumpul duit recycle untuk dijadikan duit raya… Setiap hari kena pecahkan duit, supaya dapat kumpul duit kecil…
Semestinya bukan…
Bagus la.. sepatutnya macam tue.. Bro raya tahun nie ada masalah sikit..
selamat hari raya maaf zahir & batin bro
Selamat hari raya juga buat phat sekeluarga :)
Selamat hari raya maaf zahir batin
Kome balik perok ke
Idok… raya KL.. last week dah balik Johor & Perak.
betul. entahlah. mentaliti orang kita mungkin.
tapi jangan main2, boleh tertekan kot kalau tak dapat tukar. apalah. adeh!
Selamat Hari Raya Bro
Moga selamat perjalanan Bro dan keluarga
*meh hulur sikit duit tu ke sini*
memang guna kitar semula duit tahun lepas..
hahaha
Tahun ni la paling last minute tukar duit raya.. Aiyooo..
Aku dapat tukar sikit je duit raya. Bank tak kasi tukar banyak2. Bukan banyak mana pun aku nak tukar duit. RM800 je. Orang lain tukar lagi banyak bleh pulak. Tak puas hati btol dengan bank tu..
Keh3..
kalau nad terima je recyle ke ape..aslkn boleh gune..ahhaa
Salam aidilfitri bro. Memang seronok tengok bebudak happy dapat duit raya. Setahun sekali kannnn?
Duit Raya minggu lepas sudah ditukar awal minggu lepas. Tinggal nak masuk sampul sahaja. :-)
Kalau macam tue, boleh la kiranya datang beraya ke rumah. EH boleh dapat duit raya lagi x nie?
takkan la hang yang tukar duit banyak nih..tergeliat nak bawa nih..
Selamat hari raya bro!!
wahh….. banyaknya duit raya! nak duit raya bro? hehe… btw bro.. deno nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maafkan segala silap dan salah deno sepanjang kenal bro di alam maya ni… :)
deno raya di hospital.. sehari sebelum raya deno admit.. sakit sebelum raya… sabar je la.. hehe… ok bro, selamat beraya ya ^_^
assalamualaikum bro….banyaknya duit raya tu…:)