March 29, 2024

Pambayaran Zakat Fitrah Menggunakan Maybank2u

zakat_maybank

Baru sahaja selesai membuat pembayaran zakat atas talian menggunakan Maybank2u.

Keadaan, situasi dan kelapangan membataskan Bro untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat di kaunter zakat yang sedia ada.

Memang banyak kaunter zakat dibuka,

Malangnya Bro sendiri tiada masa untuk ke Bazar Ramadhan, apa kah lagi ke Shopping Komplek. Masjid pula tak berkesempatan untuk membayar zakat Fitrah.

Baru-baru ini Bro baru dapat tahu, boleh bayar zakat melalui Maybank2u dan MYeG. Untuk dapatkan kepastian, Bro ada tanya pada rakan facebook dan juga hasil carian Google.

Pembayaran zakat melalui system Maybank2U dirasakan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran sudah semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.

Tetapi ada juga rakan-rakan yang menafikan ketidaksahan Zakat tadi atas faktor tiada akad dilakukan.

Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kerana itifaq ulama”menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati.

Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

Walaupun begitu pihak Maybank tetap akan memaparkan aqad tersebut di hadapan skrin komputer dan pembayar bolehlah membaca aqad tersebut dan ia juga diterima sebagai aqad yang sah kerana ada kaedah yang menyebut yang bermaksud tulisan itu dianggap sebagai percakapan di dalam aqad.

Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Bagaimana Membayar Zakat Melalui Maybank2u?

  1. Log masuk ke akaun maybank2u anda
  2. Klik pada [ Bill Payment ]
  3. Klik pada [ Make a one off – payment ]
  4. Klik pada [ select form list ]
  5. Klik pada [ zakat & Charity ]

Dalam kes Bro, disebabkan Bro dan isteri bermastautin di Selangor. Maka Bro bayar zakat fitrah mengikut kadar yang ditetapkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Zakat-Selangor

Sertakan sekali no telefon anda.

Sebelum klik button “Confirm” boleh baca lafaz akad yang disertakan diatas jika anda ragu-ragu. Dah baca, baru klik.

Anda juga boleh buat pembayaran zakat harta dan sebagainya selain Zakat Fitrah melalui Maybank2u. Jangan ingat zakat fitrah je yang perlu anda bayar.

Bicara Bro : Tak sia-sia Bro selalu lawati blog Anarm.net, Kalau tidak sure Bro terlupa dengan tanggungjawab yang Bro dah pikul.

Sekarang bukan bayar untuk diri sendiri. Bahkan untuk isteri juga. Terima kasih kerana sudi menulis artikel yang mampu buat kita semua saling ingat mengingati.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Pambayaran Zakat Fitrah Menggunakan Maybank2u

  1. Tak sangka.. Akhirnya boleh juga bayar zakat secara online… tapi dari segi kita melafazkan akad pemberian zakat tu macamana yer… Adakah cukup sekadar niat sahaja?…

    saya pun kurang arif tentang perkara ni… Tapi kalau dah boleh laksanakan tu, saya rasa tentu dah ada orang-orang tertentu yang telah pihak lembaga Zakat rujuk… Bagus jugalah sekiranya ada cara membayar zakat yang lebih memudahkan…

  2. Bayar zakat boleh je buat secara online.. Semuanya dah mudah sekarang ni.. Utk zakat, akad dia hanya perlu niat je pun dah cukup.. Akad utk bayar zakat ni org cakap bukan wajib macam akad nikah..

  3. Gema Takbir Menyapa Semesta,
    Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
    Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
    Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
    Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
    Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
    Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
    Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
    Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H

    Salam hormat saya sekeluarga
    Bang Iwan

  4. apabila tergerak hati nak bayar zakat secara online tu dah dikira niat kita.. so bila klik maybank2u tu dan succes makna kita memang berniat nak bayar zakat.. bukan niat nak beli tiket kapal terbang..

Leave a Reply to nadia johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *