February 10, 2025

Watsons – Azam Raya Bersama Faizal Tahir

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd akan mengadakan kempen Azam Raya Bersama Watsons sepanjang bulan Ramadhan bagi menyemarakan lagi suasana dan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Anda hanya perlu kongsikan azam raya anda tahun ini dan azam yang terbaik akan terpilih. Dimana Faizal Tahir, selaku Duta kempen Azam Raya Bersama Watsons akan datang beraya di rumah anda dan pembelanjaan katering adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Watsons.

Dari senarai azam yang anda kongsikan, beberapa azam yang terpilih akan dimasukan dalam lirik lagu raya yang bakal dinyanyikan dalam lagu terbaru Faizal Tahir yang akan disiarkan menjelang raya tahun ini.

Satu yang membanggakan bila azam yang anda kongsikan dinyanyikan di TV dan radio dan disebarkan di youtube dan facebook page Watsons Malaysia.

Faizal Tahir - Duta Watsons Azam Raya

Buat masa sekarang, Watsons akan mengadakan Raya Sale bermula 18 Julai hingga 2 September untuk cawangannya di semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula pada 25 Julai hingga 9 September.

Bagi pembelian Rm30 dan keatas di cawangan Watsons yang terpilih. Anda layak mendapat satu tiket untuk menghadiri Sambutan Hari Raya Watsons bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari facebook page Watsons Malaysia

Bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis sidang media tempoh hari.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Watsons – Azam Raya Bersama Faizal Tahir

  1. amboooiii,, dikelilingi aweks,, suke lettew,, hehe,, wah,, ni masanya nak habiskan duit kat watsons, mana tahu boleh ngedate ngn faizal tahir,, ekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *