Sepanjang Bro tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Bro lebih suka membeli belah di Jusco dan kadangkala di kedai runcit berdekatan. Bro perasan ada beberapa kedai runcit Melayu, tetapi Bro tetap pergi membeli di kedai runcit Cina.
Bukan tak nak membantu perniagaan orang Melayu yakni bangsa Bro sendiri (sorry jika penulisan ini agak racist – Jika tidak diluahkan sampai bila orang Melayu sendiri nak sedar).
Baru-baru ini Bro pergi ketiga kedai runcit yang terpilih (random je, sebab bro nak beli satu benda nie je). Bro mencari dan buat survey mengenai produk dalam tin berjenama XXX dijual di 3 kedai berbeza.
Kedai A – RM2.50 Cuma tinggal beberapa tin sahaja. Itupun tinnya macam sudah berkarat.
Kedai B – RM2.70 Ada banyak stok tetapi kebanyakan tin telah kemek (bukan kemek sikit).
Kedai C – RM1.79 ada banyak dan keadaan tin pun menarik.
Satu produk dengan 3 harga berbeza dan 3 kedai yang berbeza.
Boleh tak bagitau Bro macam mana Bro nak bantu business orang Melayu jika orang Melayu itu sendiri tak nak bantu business dia sendiri.
Ermmm alahai….
Dan isteri Bro sendiri komplen salah satu kedai runcit ini terlalu kotor dan tak tersusun barangnya.
Assalamualaikum. kadang2 sheila sanggup pergi kedai aceh sebab depa pandai jaga hati customer…
Tue la… Kalau ikutkan banyak benda yang Bro nk kongsikan. Tapi nanti la ek
Itu belum masuk dengan sikap cemburu sesama kedai..dulu kecil2 mak/bapa pernah berniaga kedai runcit, kuatnya hasat dengki dikalangan orang melayu…
He…23x tang tue bukan takat peniaga melayu je, dikalangan blogger melayu pun turut ada juga
Sikap dengki mendengki kena buang
ini bukan racist.. ini hak kita sebagai pengguna..
Betul tue… tapi ada juga peniaga yang akan labelkan kita racist
Betul tu… Sebagai pembeli kita juga mahukan yang terbaik daripada pihak pekedai… Kata orang Customers always Right… Jadi peniaga perlu menjaga hati pelanggan terlebih dahulu…
Kalau ikutkan, memang dorang boleh kena saman sebab jual barangan yang tidak elok
Saya setuju
Kebanyakan barang kelihatan seperti stok lama dan keadaan kedai kadang-kadang seakan lapuk
Nak beli barang kat situ pun was-was kebersihannya
muja pernah tengok orang kat body shop lap barang2 jualan dia,, padahal mmg nampak dah bersih dah pun,, respect sangat :’)
Alahai masih belum hilang lagi self-deprecating inferiority complex…
Sebuah kenyataan yang tak dinafikan kebenarannya. Ibubapa saya sendiri (Bangsa Melayu) sebagai peniaga, selalu mengkritik cara Melayu berniaga. Harga, layanan, susunan, kepantasan, kualiti semua aspek perlu di ambil sebagai peniaga.
Orang Melayu kita modal kecil tapi mempunyai hasrat untuk berniaga. Memandangkan persaingan kedai yang lebih besar modalnya mereka tertinggal dan kekurangan pelanggan.
Kita pergi ke kedai mereka kerana terpaksa apabila stok tak ada.
mereka berniaga masih di takuk lama…
kebanyakkan org melayu x jujur dalam berniaga, untung nak lebih tp kualiti produk sgt menyedihkan…x tau mcm mana nak bantu org melayu…
biasalah orang melayu kadang-kadang mals nak amik tau hal-hal macam ni
ni la silap kita sebagai org melayu…
habis rosak harga pasaran.. nak meniaga bukan cara mcm ni.. harga dikekalkan. lepastu tambalah value dalam bisnes masing2.. kasi free gift ka apekah yg ssuai..
jangan rosakkan harga pasaran..
Fuh! Saya pergi jer kedai yang mana murah Tak kira la bangsa apa pun..
agree bro, ni baru kedai. belum servis lagi.. some malay very poor with it.. melenggah2kan kerja, bersikap malas dan merungut bila orang tak nak amek servis dia..
satu benda yang perlu kita tau juga bro. orang kita ambil barang daripada pembekal. pembekal barang-barang ni kebanyakannya cina. dan, selalunya pembekal akan letak harga tinggi pada peniaga melayu. itu yang jadi masalah pada peniaga melayu. bukan nak racist. tapi ini adalah fakta.
benda ni terjadi pada bos lama den. tapi ni kisah kontraktor. bos den kontraktor. dia beli batu dekat satu kilang cina. katanya itu harga terbaik dia bagi. tapi bos den rasa mahal. jadi dia minta tolong member cina dia untuk belikan batu tu. ajaibnya, harga member bos den tu dapat lagi murah. banyak bezanya. jadi, nampak tak permainannya?
Bro tiada masalah dgn harga. Tetapi barangnya.
Tak kan nk beli makanan dalam tin yg tinnya kemek atau berkarat. Sebiji 2 ok lagi. Nie banyak nie, dah tahap boleh report pada pihak berkuasa.
selagi kita boleh didik, didik mereka. Mereka jahil. haha..
bro… ingatkan sy sorang je yg fikir mcm tu.. bukan apa bro.. bukan tak nak tolong melayu tapi sikap org melayu tu sendiri kadang2 buatkan kita fed up nak berurusan dgn dia…
xsalah nak cri kedai lain..sy juga prnah prg kdai cmtu..tp sy luahkan
“pakcik..maaf ea..tp sy tgk byk brg dkedai nie berabuk n tak tersusun..sy hrp bole perbaiki ea….assalamualaikum…(senyum n tgn salut mcm p.arab)”
akibatnya:-
1-kne marah = (senyum jer)
2-terima kasih..= sama-sama..(senyum)
*time tu aku beli rokok jer n p.cik tu diam xjwb ape2..(kadang kala SENYUMAN boleh membawa seribu makna)
mindset Melayu tu masih ada..dan perangai pun still sama..:D
Dorang tak nak bantu diri sendiri. Business mcm tak gaya org business.
Fikir fikirkan dan renung-renungkan wahai peniaga Melayu…bkn kita tak nak tolong tapi sbg pengguna mesti nak pilih yg terbaik ^_^
assalamualaikum bro…betul tu skg ni mcm2 kes ada kalau bab2 penjual yg begini…;)
Susah la orang melayu kita ni,betul tu.Segelintir orang kita tak nampak perkara yang kecil sebegini boleh memberi impak yang besar pada perniagaan mereka.
Sepatutnya kita kena tahap daya saing yang kuat dari segi kebersihan,marketing bagi memajukan perniagaan mereka
Kami perniaga melayu memang payah nak survive , walaupun mengambil di tempat yang sama pada jumlah yang sama kami akan dapat harga yang lebih mahal .
Satu lagi adalah terpaksa lalui beberapa peringkat untuk sampai kepada kami . Dari pembekal sampai ke pemborong sampai ke perniaga A sampai ke perniaga B baru sampai kepada kami . Bila dah sampai kepada kami barang dah rosak .
Tahu tak, saya beli telur pun di kedai cina. tak hanyir sangat baunya dari kedai melayu yg agak hanyir.
saya rasa tidak perlu memandang rendah kepada peniaga melayu sampai begitu sekali..sebab ada sahaja peniaga melayu yang berjaya dimalaysia…malahan ada juga produk malayu yang bangsa lain guna…cukuplah kita menasihati meraka dan melihat kekurangan mereka sebagai pengajaran untuk kita memperbaiki diri kita supaya tidak mengulangi kesilapan mereka ketika berniaga suatu hari nanti…
salah satu sikap buruk orang melayu ialah suka mengata keburukan bangsa sendiri…
sebagai umat islam dan melayu mari kita sama-sama menasihati meraka untuk menjadi bangsa yang maju…insyaallah…