Filem 99 Kali Rindu arahan pengarah yang sinonim dengan pengarahan filem bercorak Islamik, Azhari Zain merupakan kesinambungan kepada Filem 7 Petala Cinta.
Masih mengekalkan watak Attar yang dibawa oleh Aeril Zafrel sebagai peneraju utama Filem ini.
Merupakan filem ke-76 terbitan MiG dalam meneruskan usaha penerbitan filem bercorak Islamik untuk memenuhi cita rasa penonton terhadap sebuah karya yang lebih matang dan mempunyai mesej yang tersirat.
Dari permulaan cerita hingga ke hampir penamatnya,
Pengarah berjaya membuatkan penonton untuk berfikir atau mungkin sedikit terkeliru dan tercari-cari apa yang cuba untuk disampaikan pengarah filem ini.
Bagaimanapun, Azhari dilihat berjaya dalam memainkan perasaan penonton untuk melihat sejauh mana kecintaan Attar dalam pencarian cintanya
Bro dapati, terdapay sesuatu yang berbeza yang cuba untuk diterjemahkan dalam filem ini. Kebanyakan dialog digunakan lebih puitis dan kata-kata yang mempunyai maksud mendalam dan simbolik. Begitu juga muzik latar.
Sinopsis Filem 99 Kali Rindu
Ianya berkisar tentang Attar yang kematian isterinya, Saidatul Nafisa,
Dia mengambil keputusan untuk berhijrah keluar dari sekolah pondok Qalbun Salim yang banyak meninggalkan memori teringat bersama arwah isterinya.
Attar singgah di sebuah kampung untuk memulakan kehidupan baru dan mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Sewaktu majlis agama di kampung berkenaan, Attar dipertemukan dengan penyampai radio, Qalbie.
Kata-kata dan nasihat Attar menimbulkan rasa rindu dan cinta di hati Qalbie. Ini menyebabkan Qalbie jatuh hati dan mula ingin memiliki suami seperti Attar.
Sehinggakan pada suatu hari, Attar terlibat dengan pergaduhan sewaktu ingin menyelamatkan Qalbie. Dan malangnya beliau ditimpa kemalangan sewaktu melarikan diri dan dilanggar kereta yang dipandu Zazlina.
Attar dibawa pulang dan dirawat di rumah Miqdad dan Zazlina.
Pada masa sama, Qalbie dan rakan-rakan Attar turut mencarinya. Zazlina yang putus harapan untuk hidup kerana penyakit barah dihidapinya mula menampakkan semangat baru selepas mengenali Attar.
Apakan keputusan yang di ambil oleh Attar.
Adakah dia akan memilih Qalbie yang menyintainya dan ingin Attar memperisterikannya selepas beliau dirogol sewaktu mencari-cari ke mana hilangnya Attar.
Atau dia akan memilih Zazlina yang memerlukan seseorang yang mampu memberi semangat kepadanya untuk berjuang melawan penyakit yang dia hadapi.
Dan apa benda yang menghantui hidup Attar selama ini?
Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda pada 9 Mei 2013.
baru tahu filem nie…
ada peluang, nak tengok gak cerita ni..
Cerita konflik ye..saya rasa saya tahu apa pilihan Attar,mesti dia tak pilih seorang pun,dah boleh expect cerita macam ni.
mai la join affiliate kita quairra dot com, tq
Sy dh tgk cerita ne. Mmg best dn byk msg…..
assalamualaikum bro…menarik juga la jalan cite ni..:)
Hurmm….baru baca dapat la bantu gua buat keputusan nak tengok citer nie…sebab tak leh caya sangat pada promo trailer….
Memang best cinta dalam Islam…
Saya sgt suka 7 petala cinta….tapi belum ada masa nk tgk 99 kali rindu…
suke sangat” crita ne