Bakal Ibu BapaTak semua pasangan yang berkahwin bersedia untuk menjadi ibu bapa.

Mungkin ada yang mahu menikmati saat honeymoon bersama yang tersayang sehingga sampai masanya nanti baru mereka ingin menimang cahaya mata.

Ada juga yang tak kisah,

Ada rezeki, mereka terima.

Ada juga yang keguguran, tetapi mereka berusaha untuk memiliki anak semula.

Bagi mereka yang sudah mendapat cahaya mata, memang ianya satu kegembiraan dan menjadi ikatan kasih sayang suami isteri.

Tetapi sudah bersediakah anda?

Tidur anda terganggu oleh bunyi bayi menangis di tengah malam? Waktu makan anda terganggu dengan bau “popo” dari bayi anda?

Dan duit untuk membeli lampin lebih kurang dengan jumlah duit yang anda gunakan untuk makan nasi bungkus (makanan bajet) waktu tengahari selama sebulan (mungkin lebih).

Bagaimana dengan persediaan kewangan?

Bagaimana pula dengan kerjaya anda. Anak sakit dan anda perlu bercuti sedangkan waktu itu anda perlu selesaikan kerja yang mustahak dan tiada orang yang boleh mengantikan tempat anda?

Maka, sudah bersediakah anda?

Jika belum, pastikan anda bersedia dari sekarang.

Ada hikmah kenapa Allah swt menetapkan 9 bulan 10 hari untuk seorang wanita mengandung (kadar normal). Semuanya untuk memberi ruang kepada anda untuk mempersediakan diri.

Memang kita yang merancang tetapi Allah swt yang menentukan.

Agak tertekan bila kenalan, saudara-mara dan keluarga dok tanya “Dah ada isi ke belum?” lagi-lagi ianya merupakan cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga.

Bila tengok gambar di atas,

Gambar Mr. Ray beberapa hari sebelum dia jatuh sakit. Now berada di hospital untuk beberapa hari.

Bila roger ibubapanya – Blogger Melastik Bintang, dia dan isterinya terpaksa tinggal bersama menemani anak mereka. Hope kesihatan Mr. Ray kembali ok.