May 19, 2024

Laser Tag Blogger Hangout

Lasertag blogger hangout

Cuti Perayaan Tahun baru Cina tidak disia-siakan oleh rakan blogger yang berada di KL.

Atas plan dari Cik Nurul Siezuka, maka Bro organize Blogger Hangout di sekitar D’Curve Damansara dimana Cik Nurul sendiri menjadi tuan rumah dan penganjur.

Dan salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah Laser Tag (tajaan Sdn Bhd)

Antara pemain yang bermain (ada sorang tue cakap tak larat nak main, sekali dia main ranking no 1 tue) :-

  1. Cik Nurul Siezuka
  2. Boni Kacak
  3. Kikie
  4. Deq Noor
  5. Ezad Skytech
  6. Pak Lan
  7. Cikgu Milia
  8. Syukri Tahir
  9. Iera Kan
  10. Bro Framestone

Kami bermain 3 game seorang pada harga RM40 satu kepala. Kalau ada student card boleh dapat lagi murah.

2 game pertama kami bahagikan kepada 2 kumpulan.

Itupun masing-masing sudah nampak kepancitan masing-masing. Keluar dari arena, masing-masing cari port duduk dan tak larat nak berkata-kata.

Masuk game ke-3,

Ada satu group ingin berlawan dengan kami 10 orang.

Dan hasilnya group kami menang besar. Seronok pula main 10 vs 10 orang. Lagi terasa keseronokkannya, dah la ada sorang awek tue nampak comel.

Sian dia jadi mangsa tembakan Bro.

Lain kali sudah kena tembak, pergi la lari tempat lain. Kalau tidak, jadi mangsa la gamaknya.

Apa-apa pun korang semua memang terbaik.

Hadiah untuk laser tag ini ditaja oleh Cik Nurul Siezuka selaku tuan rumah serta tiket wayang tajaan Excellent Pictures dan Skop Productions.

Next time kita main lagi ek..!!!

Gambar dicilot tanpa izin dari blog Deq Noor

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “Laser Tag Blogger Hangout

  1. Hahaha.. dah dok depan laser tag tu terus mood x larat hilang..terus berkobar2 nak main.. huhuhu

    Tq Bro..Best sgt2 dan enjoy sgt.. Lain kali kt buat lagi yer bro.. :)

    1. Sorry beb, jika aktiviti ini memerlukan korang untuk keluar duit.

      If amik pakej unlimited tak de terasa rugi sangat. Tapi perlukan stamina yang tinggi kalau nak main banyak kali dari pagi sampai petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *