Setelah 2 bulan mendirikan rumah tangga.
Inai dijari (kenyataannya hanya pada kuku) masih belum hilang. Senyum pengapit makin melebar, tak lama lagi turn dia pula naik pelamin.
Dalam tempoh dua bulan ini,
Kami dapat cari rumah yang sesuai untuk duduk bersama, walaupun agak berjauhan dari kota Kuala Lumpur.
Tetapi perjalanan kami mencari rezeki di ibu kota tak terasa sangat. Mungkin sebab kami tidak selalu tersekat dalam kesesakan jalan raya.
Dalam tempoh dua bulan ini,
Bro lebih banyak masak makan malam berbanding dia akibat dia selalu balik lambat dan kadangkala kerja malam.
Dia pula lebih banyak sediakan sarapan pagi berbanding dengan Bro, asal lepas Subuh duduk depan laptop buat kerja sampai pukul 10 pagi.
Dalam tempoh dua bulan ini,
Bro kena paksa mandi bersabun, gosok gigi 3x sehari.
Dalam tempoh dua bulan ini,
Masing-masing belum fikir lagi pasal honeymoon ataupun plan bercuti bersama. Kalau cuti pun sekadar duduk dirumah.
Sebelum ini, kami layan DVD sampai bosan. Sejak Astro dipasang, DVD terus berabuk. Tetapi macam bosan pula layan Astro.
Dalam tempoh dua bulan ini,
Rumah masih belum ada internet, TM lambat buat kerja, dah seminggu lebih apply masih belum ada feedback. Mereka cakap, kena que tunggu ada port kosong.
Tiada internet seperti tiada life bagi bro untuk mencari nafkah dari rumah.
Bicara Bro : Baru 2 bulan.
Ada lagi tempoh sehingga mati untuk ditempoh bersama sebagai suami isteri. Moga dipermudahkan.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Sebelum ini mandi tak bersabun ke bro?
Sebelum ini mandi bersabun ala kadar je
seronoknya berkahwin..
1. ada rumah sendiri
2. ada life bersama isteri
3. kerja sendiri
best.. =)
Seronok tue memang seronok. Tanggungjawab itu yang perlu diutamakan.
Rumah pun bro masih menyewa lagi. Nak beli belum mampu lagi.
selama dua bulan ni mesti ada soklan makcik2 tanya..”dah ada isi ke belum, kan??”.. soalan wajib tu..
erkk.. sebelum mandi tak bersabun & gigi x berberus ker?? hahahahahaha :D
Soalan killer tue masih xde sapa2 berani tanya lagi.
Selama ini sabun ala kadar. Berus gigi sehari sekali atau tak langsung kalau tak keluar dari rumah
salam.. baru 2 bulan..sudah macam2 ya.. ye btl..masih berbaki lg hingga hjg nyawa.. InsyaAllah..Moga dipermudahkan. :)
W’salam biasa la tue, dugaan 2 bulan berbeza dengan dugaan seumur hidup
Dah 2 bulan ek,mesti best kan bila dah kahwin ni,errr sebelum ni berus gigi berapa kali sehari ek bro
Sebelum nie just berus gigi sehari sekali je
waah, dah 2 bulan ke bro?
cepat betul masa berlalu
apapun, tahniah atas perkahwinan
dah ada rumah baru, bila lagi mau buat open house? haha
Open house masih dalam perancangan. Tak tahu bila nak buat nie :)
Selamat berbahagia bro :)
Thank anis :)
Cptnya 2 bln blalu
Selama ni bro mandi x bersabun ke hehehe
Larikkkkk :p
Selama ini bersabun ala kadar je. Nak lari ke mana? Meh bro kejar dia…
lagi seronok kalau ada anak nanti :)
Tue la, mungkin ada masanya terpaksa tidur peluk anak, sebab isteri kerja malam :)
TM xselesai lg dari haritu? Ish2….. lembabnya buat kerja. smpai bila nk tunggu port kosong…
Dorang cakap tunggu ada orang terminate or ada banyak tempahan dekat kawasan itu, baru dorang buka port baru.
Alhamdulillah.. Inai belum hilang lagi ke? Waaaa.. Tak pe tak pe, pengantin baru lagi tu.. ;)
Inai masih belum hilang lagi nie. Masih dekat hujung2 kuku je lagi.
rasa macam baru je bro kahwin hehe semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat dan dipermudahkan..doakan Oshin bertemu pasangan jugak eh :D
Rasa macam baru ek bawa pengantin naik kereta jalan2 kan he..23x
Awat masa kenduri bro hari tue tak usha2 kot2 ada yang berkenan ke kan :)
seksa bila tiada internet.. hehehe.. semua kerja tertangguh..
lagi2 buat mereka yg memang habit dgn internet. rasa macam nak hbskan kredit prepaid saja buat topup internet
Bro data plan sebulan 5Gb penggunaan pun dah tahap limit sekarang nie.
Tau xpe, nak ternet nak ternet
tak apa. baru 2 bulan.. :)
Masuk 2 tahun sudah jd cerita lain dah
masih baru lagi bro. masih lagi dlm suasana manisnya perkhawinan. belum rasa pahit nya lagi kan.
Manisnya perkahwinan bila dapat keizinan untuk berkahwin lagi :)
perjalanan masih lagi jauh bro…
Jalan dekat sangat, tak panjang usia namanya.
whoaaa… SABUUNNN…. di bilik mandi…kita kasi basuh2x dan cuci….hehehehe
Sabon dah terkeluar dari persaingan Maharaja Lawak Mega
sekejap jer…dah 2 bulan bro kawen kan..cepat sungguh masa berlalu..
Sekejab je dah 2 bulan dkna bersara jadi pengapit huhu
deno doakan bro framestone dan isteri bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.. amin :)
assalamualaikum bro….semoga jodoh kekal hingga hujung nyawa…
W’salam harapnya macam itu la kan. Langit tak selalunya cerah, hujan pun ok. Sejuk sikit nak tidur.
Hahaaa….2 bulan masih baru…untuk saling mengenali dan memahami,tolak-ansur…terus-terang,saling menghormati…petua bahagia. Teruskan berkasih-sayang sepanjang hayat….untuk kalian dari akak.
Thank kak untuk perkongsian ini :)
Nak buat macam mana pihak tunggu kuota baru pasang.
Dah nak hampir 2 minggu tapi masih belum ada apa2 progress
saya xda internet boleh pening oooo