Pakej Komunikasi Belia akan dibuka pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
Seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2013 tempoh hari, melalui Pakej Komunikasi Belia ini rebat sebanyak RM200 akan diberikan kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar 3G.
Ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Ianya dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual.
Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.
Para pengguna boleh mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dengan memenuhi syarat :-
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
- Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.
Sumber : Amanz Network
Bicara Bro : Kalau ikutkan, Bro masih layak untuk menikmati rebat RM200 dari Pakej Komunikasi Belia.
Smartphone apa yang sesuai digunakan pada harga RM500 termasuk pakej data?
bagus juga manfaat rebate 200 nih..
ok good.. kebetulan ada benda nak kena
grab baru.. Tapiiiiii…
Kalau fikirkan balik, rebet rm200 ini macam menguntungkan sesetengah pihak..
rm 500 smartphone apa je yg bleh dapat…pastu wajib ada data plan plak….
Rasanya rm500 tue harga phone selepas sign contract untuk plan data kot
Alhamdulillah.. Bagus untuk belia untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Saya memang confirm tak layak! Umur sudah lebih!
Bila fikirkan balik, smartphone dah jadi satu kemestian waktu sekarang ini.
ipod okeh kot?hhehehe
iPod tak termasuk dalam list rasanya
galaxy y je yang nampak di mata,,,
Minat dengan galaxy Y ke?
Erk.. maksudnya smartphone yang kita beli tu harga kurang 500RM? huhu..
Yup kena kurang rm500 rasanya ikut harga termasuk plan data dari syarikat telco
smartphone apa je la yg hrga under rm500 tu? haish… klau nk bg rebet pun, tak payah la letak harga maksimum.. aptb!
Bro ada senaraikan smartphone yang dinyatakan oleh SKMM dekat entry terbaru.. baca la ek
assalamualaikum bro….menarik2 dapat rebet pula tu…:)
Wsalam.. kak mas cukup syarat x nie?
Best belia zaman sekarang ada bantuan membeli SmartPhones.
Pancing undi dari belia la tue kan :)
Kenapa mesti RM500? Kerajaan tak rugi kot kalau naikkan limit tu.. dan kenapa mesti daftar skali dgn pelan postpaid/broadband. pelik btol lah
He..23x sila ajukan pada kerajaan.
Tujuan asal rebat ini untuk memastikan belia menggunakan smartphone dan membolehkan mereka online dimana-mana.
Itu je. Tapi kalau ikutkan, ramai dh ada kemudahan itu kan.
dimana nak dapatkan borang tuk apply rebet ni..?