Bro telah berpeluang untuk menghadiri sidang media dan pra tonton filem keluaran MIG yang terbaru iaitu Ajiboy pada 5 November 2012. Bertempat di TGV Cinema di Sunway Pyramid, Bro ditemani rakan blogger iaitu Melastik Bintang ke pra tonton tersebut. Terima kasih kepada pihak MIG kerana menjemput Bro ke pra tonton filem Ajiboy.
Bertepatan dengan cuti sekolah yang bakal bermula, Metrowealth membawakan sebuah filem bergenre komedi sesuai untuk seisi keluarga. Penerbitan filem ke-69 ini menjadi satu petanda bahawa MIG sentiasa memikirkan pelbagai genre sebagai hidangan kepada para penonton.
Sinopsis Filem Ajiboy :
Ajiboy seorang kanak-kanak yang genius dan petah bercakap yang dilakonkan oleh adik Raykarl Iskandar. Ajiboy anak kepada pengusaha taman tema air iaitu En.Fauzan (Angah Rajalawak). En.Fauzan mengamanahkan tugas beliau kepada Ajiboy buat sementara waktu untuk menguruskan taman tema air tersebut.
Mat Saja (Zalif Sidek ) & Cumi (Epi Raja Lawak ) merupakan Head Supervisor di taman tema air tersebut, sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang diberikan seperti memberi barang-barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Mereka berdua memandang remeh terhadap Ajiboy.Akibat perbuatan mereka berdua, Ajiboy menurunkan pangkat mereka dan diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman tema tersebut. Dalam pada masa yang sama Ajiboy sedang mencarikan isteri untuk ayahnya En.Fauzan. Ajiboy berkenan pada Cik Nisa (Adiba Yunus) iaitu setiausaha kepada En.Fauzan.
Mampukan Ajiboy menyatukan ayahnya dan Cik Nisa? Adakah Mat Saja dan Cumi akan meneruskan niat mereka untuk mengkhianati En.Fauzan? Dapatkah Ajiboy menyelamatkan Taman Tema Air milik ayahnya? Semua bakal terjawab di pawagam 8 November ini.

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem Ajiboy ini ialah Raykarl Iskandar, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Adiba Yunus dan Fyza Kader. Kemunculan adik Raykarl dalam filem ini menampakkan yang beliau seorang yang petah berbicara sama seperti di luar filem. Telatahnya yang mencuit hati penonton ditambah pula dengan gelagat Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak membuatkan filem ini menyeronokkan.
Secara keseluruhannya, filem yang bergenre komedi ini amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan bertepatan dengan cuti sekolah yang bakal bermula merupakan strategi terbaik dari MIG untuk mempromosikan filem Ajiboy.
Bicara Bro : Bila agaknya Bro akan muncul dalam filem pula ya. Siapa tahu nanti suatu hari Bro pula jadi retis.
Agak-agak korang nak ke lihat filem Bro?
filem apa tu bro… filem aksi,filem komedi ke filem cintan….
Bertepatan dengan cuti sekolah sudah bermula untuk bawa anak-anak menonton wayang.
mesti lawak cite ni
Fesyen janggut Yang Sangat Cool