March 29, 2024

Pemilihan Katil Bagi Bakal Pengantin

Katil bakal pengantin.

Katil baru, itu yang diperkatakan oleh mak bro, “Kena beli katil baru, untuk bakal pengantin”

Kalau ikutkan bro, tak berminat nak beli katil baru.

Tapi bila fikir-fikirkan balik, rasanya katil memang perlu ada. Tak kan nak selama-lama tidur dekat ruang tamu depan tv, tiap kali balik Perak.

Gambar yang bro sempat amik sewaktu memilih katil yang berkenan di hati. Selama ini pakai katil bujang, nak juga merasa kahwin yang besar sikit.

So toto yang selama ini menjadi alas, boleh dijadikan selimut bila perlu he..23x

Banyak faktor yang perlu anda pertimbangan sekiranya ingin memilih katil :-

  1. Saiz katil (tahap kelebaran, keberatan, mobility, penggunaan ruang)
  2. Jenis kayunya (Ramai yang memilih kayu Jati, tidak mudah dimakan anai-anai, dan tidak mudah patah)
  3. Keselesaan (selesa nak bergolek, melompat dan tidak mendatangkan kecederaan sekiranya tersalah tidur atau terjatuh katil. Paling penting adalah ianya tidak berbunyi ketika digunakan)
  4. Ketahanan (tidak mudah patah, diserang anai-anai dan mampu menerima aksi WWE sekiranya terjadi)
  5. Harga (harga yang mampu dimiliki dan cara pembayaran ansuran yang mudah. Supaya tiada kes, katil pengantin kena tarik sebab tak bayar)

Paling penting, katil tidak dijadikan faktor anda tidak bersembahyang bersama pasangan anda.

Biasalah, bila katil dah memenuhi ruang bilik, maka ruang untuk solat agak terhad. Nak keluar bilik pula malu-malu. Ada juga yang merasakan selesa baring atas katil sehinggakan malas nak bangun solat dan sebagainya.

Bicara Bro : Bilik air dalam bilik bro sudah diperbaiki. So boleh mandi dan amik wudhu untuk memudahkan solat di dalam bilik.

Walau kenyataannya, terasa macam kena perli dengan mak sendiri. Biasalah, bro kalau 2 hari berada dikampung. Maka 2 hari bro tak kan mandi.

Dah terbiasa dari kecil, kecuali kalau nak keluar jalan-jalan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Pemilihan Katil Bagi Bakal Pengantin

    1. Nak buat macam mana,berat badan masa mula-mula beli berbeza dengan berat badan selepas lama katil itu digunakan.

      Belum termasuk cara menggunakan katil tue, mahu longgar skrew n otot2 katil tue

  1. Pilih katil saiz Queen dan tilam spring. Alang-alang beli yang berjenama sebab hendak pakai lama terutama tilam nanti tenggelam apa bila beli yang jenis murah. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *