Baru-baru ini Wonder Girls ada melakukan persembahan dengan memakai baju kurung.

Ini buat ada yang terasa nak memperisterikan gadis Korea selepas melihat gambar gadis Korea ini tersebar di alam maya.

Yang bro maksudkan, bukannya bro sendiri (Mati bro, kalau bakal mak mertua terbaca pasal ini)

Tetapi Hafiz Rahim (ini bukan tuduhan, tetapi terbaca pasal ini diblog beliau.)

Dapat gadis korea yang boleh terima budaya kita sebagai orang melayu & islam. Itu lagi bagus.

Mana tahu hatinya terbuka untuk peluk agama islam.

Tapi risau juga, dorang turun ilmu Gangnam Style, jenuh kita nak melayannya nanti.

Mahu katil pengantin boleh patah dok Gangnam Style melompat-lompat atas katil. Sekadar gurau ek.

Terbaca juga apa yang si Hafiz kongsikan dalam blognya

“Artis Malaysia suka sangat ikut fesyen budaya barat sehingga sanggup dedah sana sini. Sedangkan budaya kita sendiri menunjukan kita mampu memakai pakaian yang cukup kain pada harga lagi murah”

Bicara Bro : Bro suka pandang perempuan yang manis bertudung.

Agak kurang gemar pandang perempuan yang suka dedah sana sini. Terasa pintu hati macam tertutup je bila jumpa dorang.

Dulu masa zaman U, ada je pelajar perempuan bila nampak bro terus cover apa yang perlu dicover. Kenapa ek?