Tuhanku,
Ampuni aku, Sayangi aku, Tutuplah aib-aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku dan Maafkan aku.
Ini yang sentiasa aku baca, aku lafazkan setiap kali duduk diantara dua sujud dalam solat ku.
Jangan sekadar tahu membacanya tanpa mengetahui maknanya.
Setiap bacaan yang mengiringi surah dan rukun solat adalah doa kita menghambakan diri kepadaNya. Tetapi kita lupa bahawa kita hanya hambaNya.
Kita lupa untuk menyayangi diri kita
Kita lupa menutupkan aib yang kita lakukan
Kita lupa rezeki datang dariNya
Kita lupa bahawa Dia sentiasa memberi petunjuk tanpa kita sedari
Kita lupa selama ini dia yang memberikan kesihatan kepada kita
Dan kita perlu sentiasa memohon kemaafan, kerana kita bukannya insan yang mulia dan tidak pernah melakukan kesalahan.
Itu yang selalu kita lafazkan,
“Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa’nii Warzuqnii Wahdinii Wa’aafinii Wa’fuannii”
Bicara Bro : Maaf sekiranya ada kesalahan ejaan, untuk memudahkan anda membacanya.
Sekadar 5 waktu Allah SWT wajibkan kepada kita untuk mengabadikan diri kepadaNya. Dan kita selalu mencari alasan untuk tidak menunaikannya walaupun hanya untuk 5 minit.
Renung-renungkan.
Info yang sangat berguna.. Dengan memahami bacaan dalam solat.. Insya Allah akan menjadikan solat kita lebih khusyuk..
Itu yang sepatutnya. Jangan hanya sembahyang tanpa menikmati zat-zat yang terdapat didalamnya
Alhamdulillah..terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami….
Sama-sama… tak salah berkongsikan
Well said
tq
Tidak rugi manusia itu menjalankan kewajiban 5 waktu
+ sunat2 yang lain.. Besar hadiah yg dijanjikan oleh-Nya
ameen.. ameen.. ameen.. seketika singgah disini dan beristighfar.. mabruk!
amin….
alhamdulillah…