Jinbara muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”!
Melalui album ini,
Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini.
KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini!
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah :-
- Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
- Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
- Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
- Hilang (Jinbara)
- Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)
Album ini boleh didapati dengan harga RM21.90.
Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara, sebuah ‘showcase’ akan diadakan pada 6 Julai 2012.
Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL dan juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan.
Anda dijemput beramai-ramai memeriahkan showcase JINBARA!
Tiket persembahan akan mula dijual di pintu masuk Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail pada jam 6.30 petang pada 6 Julai 2012, dan boleh diperoleh dengan harga hanya RM25.00 sahaja!
Bicara Bro : Bila sebut nama Jinbara.
Terus bro ingat lagu Farhana. Ada sesiapa gadis bernama Farhana tak disini :)
Jom kita memeriahkan showcase ini.
1 album 5 lagu je dan harga hampir RM22? Agak mahal sebenarnya harga album sekarang. Tu sebabnya ramai yang tak nak beli album original.
dulu ada classmate nama dia ‘farhana’..
setiap ari classmate lelaki mesti nyanyi lagu ‘farhana’ haha..
da jd kebiasaan pula..
Selamat classmate bro semuanya lelaki.
Masa zaman u je ade 2-3 orang, so boleh la nyanyi lagu nie :)
ni tau dek En.Ad compom beli ni
farhana puteri bumi kenyalang..hehe..ada cikgu Jay dulu yg bernama Farhana..:)
bolehlah layan sekali sekala :)
Lagu-lagu Jinbara sedap didengari oleh halwa telinga.
sedap ke lag nih..tak pernah dngr la plak..
memang suka kumpulan jinbara ni.tapi suka lagi vokalis dulu yang dah join Kumpulan Khalifah.
terus rock
Nurul paling suka ngan lagu farhana… :)
Nurul nak pergi tak showcase nie?