Seronok je bila dengar ada kenalan blogger yang berkahwin dengan blogger.

Kalau tak salah bro, ramai juga kenalan blogger bro yang berkahwin dengan blogger. Bila masa dorang bercinta pun bro tak tahu.

Dekat blog pun tiada mention apa-apa.

Dekat facebook lagi la tak nampak apa-apa.

Tahu-tahu je dah dapat kad jemputan kahwin. Tengok nama macam kenal, bila tengok nama pasangan. Terus blur-blur sekejab.

Bila nak dekat majlis baru la tahu rupa-rupanya pasangannya blogger juga. Slow juga bro nie kan (kiranya bro macam antara orang terakhir baru tahu).

Mungkin mereka memang dah kenal satu sama lain sebelum menjadi blogger. Mungkin mereka kenal sepanjang mereka berblog. Dan mungkin juga mereka sendiri tak tahu masing-masing adalah blogger. (ada tak kes macam nie?)

Bagi bro,

Bro doakan yang terbaik buat rerakan dan sahabat blogger yang bro kenali. Bro kalau boleh, nak cari orang yang faham minat bro (blogging) sebab inilah satu-satunya punca pendapatan bro.

Walaupun ada sesetengah pihak macam memandang rendah apa yang bro buat.

Bicara Bro : entry ini bro tulis selepas mengetahui salah seorang sahabat blogger yang akan berkahwin tak lama lagi, rupanya telah bertunang dengan sorang blogger yang amat bro kenali.

Tapi awat selama nie bro macam tak sedar je semua ini.

Super duper slow.

Sila abaikan gambar 2 ekor merpati diatas ek.