Sejak bro hadiri Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 membuatkan bro berfikir sejenak mengenai hala tuju bro dalam arena blog.
Walaupun kebanyakan blog mereka tidak mempunyai trafik seperti bro.
Tidak update sekerap bro.
Hanya bermain dengan SEO berkaitan perlancongan.
Tetapi ianya memang berbaloi untuk mereka. Orang kata mereka menulis mengenai sesuatu yang hampir dengan diri mereka.
Mampu mempunyai pembaca dan pengomen blog dari kalangan orang yang mempunyai minat yang sama.
Ini buat bro lagi respek dengan mereka.
Walaupun ada sesetengah dari mereka seperti tidak dipandang oleh sesetengah pihak, mereka ini sebenarnya medium terbaik untuk mempromosikan perlancongan.
Kadangkala kasihan juga bila tidak banyak agensi perlancongan mempergunakan mereka untuk mempromosikan perlancongan di Malaysia.
Semuanya fokus luar negara.
Jika ianya melibatkan perlancongan tempatan. Tak banyak pihak yang ingin terlibat.
Dan yang terlibat cuma ada satu tujuan, untuk kepentingan peribadi mereka sendiri tanpa memikirkan kesannya pada produk perlancongan sekeliling mereka.
Sebab itu banyak produk perlancongan kita gagal untuk diketengahkan.
Bicara Bro : Next week bro akan melancong bersama Air Asia dalam usaha mempromosikan produk perlancongan mereka.
Mungkin lepas ini bro ke Bali.
Teringin juga jika ada yang sudi menaja bro untuk buat umrah.
bro jgn lupa bw ole2 ehhh
Bro kalau g mana-mana memang jarang cari ole2
Tanniahlah kepada bro. Saya kalau pergi tempat menarik akan ditulis didalam blog. Saya pernah menulis mengenai pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara, Malacca river cruise boat, Kapal selam di Pantai Klebang.
Kalau ada peluang ingin menulis mengenai Hang Tuah.
Bro jarang tulis…
Sebab bro kurang berjalan ke tempat2 macam tue
:)
perhh best nye dapat g bali..
Tengah panjangkan nama. Maybe trip untuk satu minggu :)
impian akan jd kenyataan xlama lagi :). jom terbang :)
Jom…
Hope lepas ini banyak dapat projek dengan Air Asia
Woah.. Ke Bali tuhhh.. Walaoweh!!
Bali je.. Cadang nak pergi lebih jauh dari itu
Betul. Jika sesuatu perkara yang mahu nampak kesan kejayaannya harus ada kata sepakat dan bukan memenuhi keperluan peribadi dan menggunakan org lain semata2 kepentingan diri sendiri.. sampai bila nak maju, selagi ada org2 mcm ni
untunglahhh hensem..sob sob :P
Apa kaitannya?
Bali? best best…
kalau ada pasangan lagi sweet.
Rasanya bro pergi sorang-sorang je :)
teringin juga nak melancong ke bali.. dengar org ckp tempat tu best sangat..
bro..kalau nak ke umrah ajak Jay ye..teringin nak ke tanah suci..:(
salam bro bagus tu …
saya pulak sah bosan tulis blog sahaja , nak buat bisnes lah pulak.. sukakan adventure nya tu ..