Ini kisah benar yang terjadi pada kenalan bro baru-baru ini.
Beliau merupakan mangsa samun dan pecah kereta berdekatan dengan premis taskanya.
Lokasi di Bangi dan dia adalah perempuan. Comel orang tapi telah berkahwin (bro kenal sebelum dia berkahwin).
Seorang usahawan dan mempunyai perniagaan sendiri apa usia yang muda. Memang seorang yang tabah dan kental orangnya
2 Minggu sebelum kejadian, kereta beliau kena pecah. Kali ini juga sama.
Rasanya,
Penyamun tersebut dah aim dia nie lama kot. Sebab selalu mundar mandir berdekatan dengan keretanya didepan premis taska.
Waktu kejadian apa waktu Maghrib.
Mangsa disamun dan dicederakan sebelum handphonenya dirampas. Mangsa melawan sehinggakan penyamun meminta rakannya spanar.
Kalau keadaan mangsa tak lemah time tue, rasanya boleh arwah dibuatnya kena bantai dengan spanar. Sanggup juga si penyamun nak membunuh semata-mata handphone blackberry seketul.
Mangsa sempat berlari masuk ke dalam premis taskanya sambil mengarahkan anak muridnya (yang masih ada di situ) untuk naik ke tingkat atas dan beliau sempat mengintai di cermin untuk mendapatkan no plat motor si penyamun.
Time nie, penyamun tersebut pecah kereta si mangsa.
Mujurlah yang sempat dibawa lari oleh penyamun tersebut adalah………
……
……………
Telekung.
Moga memberi keinsafan kepada beliau.
Korang boleh baca kisah dari mangsa di blog ini.
Bicara Bro : Kalau niat tue dah jahat, tuhan masih lagi memberi perluang kepada hambanya untuk insaf.
Mungkin dengan tersamun kain telekung mampu memberi keinsafan kepada mereka.
Tertiba teringat kisah di asrama ada member plan takutkan budak aspuri dengan menyarung telekung di menakutkan mereka setiap malam.
kerana sebiji blackberry sampai sanggup nak cederakan org??ish3..ape nak jadi dunia sekrg ni..moga allah memberi keinsafana pada pencuri,penyamun2 tu..huh..
tue la pasal.
sian bro tengok si mangsa nie
semakin terdesak orang kita sekarang ni..
Tak pasti yang itu orang kita ke orang luar :)
Harap penjenayah yang memecahkan tingkap tersebut mendapat hidayah.
Kalau boleh disertakan sekali dengan taufiq :)
tq bro buat entry ni. Love it!
Sama-sama…
Kim salam sama Ela ek :) comel bangat dia tue
Ish bahaya..nasib baik bukan orangnya yang disamun..kalau tak nangis laa laki dia..
dah baca kisahnya..
tak terkomen apa dah..
:)
berhati-hati la ek
Ya Allah Takutnyer.. Macam macam hal lah sekarang ni…
Nurul hati-hati ek.
Risau, bukan senang nak cari pembantu peribadi macam Nurul nie
Mau perompak tu sumpah seranah he3…tak berbaloi katanya..janji nyawa selamat.
Kalau nyawa melayang tak tau la kan :)