Satu persatu bro terlepas tahun ini,
Dan yang terkini, bro terlepas iPhone 4s dan juga Blackberry Curve 9380.
Empunya ceritanya begini.
Baru-baru ini bro mendapat jemputan ke majlis perlancaran laman bidaan Sold.My di Malaysia dimana sebelum ini mereka hanya beroperasi di Singapura.
Tujuan mereka membuka laman ini, khas untuk pembeli di Malaysia dimana kebanyakan pelanggan mereka datang dari Malaysia.
Yang menariknya, pembelian boleh dilakukan dalam Ringgit Malaysia. Tidak perlu untuk anda menukar mata wang atau menggunakan Paypal. Guna bank di Malaysia pun boleh.
Ini gambar semasa hari pelancaran.
Kebanyakan yang datang adalah blogger dan juga media.
Untuk memudahkan kami memahami konsep yang ingin mereka sampaikan. Beberapa tetamu di pilih untuk terlibat dalam bidaan secara realiti.
Dan hadiah yang ditawarkan merupakan iPhone 4s.
Bro tidak terpilih, maka di sini bro dah terlepas iPhone 4s. Tak apa, sekurang-kurangnya bro tahu bagaimana bidaan berjalan.
Sesambil itu bro plan strategy untuk bro berjaya memenangi mana-mana bidaan yang berjalan.
Untuk bidaan ini, pemenangnya adalah…………………………………………………
Oh, tidak….!!!!
Cute Gurl menang iPhone 4s. Lebar sahaja senyuman dia.
Sebelum kami balik, pihak penganjur memberitahu bahawa sebelah malamnya akan diadakan bidaan khas untuk media dan blogger yang hadir.
Hadiah termahal adalah BlackBerry Curve 9380.
Sebelum 9 malam bro dah bersedia di depan laptop. Siap log masuk laman web Sold.My.
Hati berdebar-bedar juga.
Bila bidaan bermula, lagi terasa. Ini kerana bukan bro seorang sahaja yang menbida, ramai lagi yang tak nak melepaskan perluang ini.
Fokus bro hanyalah Blackberry Curve 9380 dan juga Canon Digital IXUS 230 HS.
Bro countdown setiap saat
5.. 4.. 3.. 2.. 1.. 15.. 14.. 13.. 12.. 11.. dan ianya berterusan setiap kali ada yang membida. Dari saat kepada minit. Dari minit kepada jam
Sekali fokus beralih arah, semuanya hanya tinggal mimpi.
Yup, mimpi…..
Tahniah kepada pemenang…
Bro…??
Hanya mampu peluk bantal selepas termiss iPhone 4s dan juga Blackberry Curve 9380.
Anda juga mampu memilikinya pada harga yang menarik. Daftar sekarang di Sold.My sekarang..!!!
Wahhh..
best jugak bid2 nie..
ade macam penny auction jugak ke?
lebih kurang la….
wow! pernah skali bid kat lelong.. tapi kalah sebab tak cek waktu bid tutup ..
Dulu bro selalu lepak dengan lelong.. tapi kadangkala benda yang ditawarkan kurang menarik dan ada yang x berkualiti
memang susah nak percaya dengan belian on9 ni
yang ini hanya dari satu syarikat je….
dekat lelong tue kan ada banyak syarikat
kalau hnya sorang yang jual its ok..tapi kalau dah bnyak org yang jual kat dlm tu,itu yang meragukan sikit..
saya selalu bid kat lelong je.. banyak kali jugaklah dapat barang yang saya nak tu!
barang apakah itew ek kak mas…
cer kongsikan
hmmm….lelong pon ye gak …yg tahu sold .my je
oh lupa sy penah masuk lelong emas aritu.huhu~ jombeli emas…tghmurah ni
emas dah mahal skrg ni..hahaha
sy part time jual emas la….skrang tgh turun harga ….boleh cek harga di official web kami di http://oneau.com.my
kalau menang bid2 ni best jugak…mmg bertuah kan bro…hee~
Bukan senang nak menang.. kena ada strategy terutama kalau nak menang pada kos yang kecil dan harga yang murah
sila kongsi tips bidaan….nk beli dgn harga 60sen je.hehehe mmg untung la
er..kalau seposen rase2 ade tak??
Macam manarik, tapi kalau token dah guna, kira burn la ye?
token?
token yang boleh masuk game tu ke??
boleh tahan juga ni..nak juga tgok ape brgn yang boleh di bid kat sane..
jgn tgk je. bida la skali. tolong bida tuk fasz skali. nk nikon j1 satu !
hahaha..adoi..nak bida cane fasz..Jay pun bida tak lepas2 juga..hahaha
mak aiiiii murah gile bila dah bida tu…..ptt la ramai je yg join. huhu~ tolong bida kan tuk sy bro. nk nikon j1 satu. ngn iphone 4s (tingin gak nak merasa hp mahal2 ni wpon rasanya tk perlu.)
ehem…Jay nak iphone 4s,ipad,nikon,canon..segala yang on2 lah..hehehe..
xpa bro, bkn rezeki bro kali ni…akan dtg tuuu
Macam best jer…nak masuk tengok jap
aduhh..iphone 4s tuh..
mai nak 1 smartfon~
nak tanya. kalau nak bida, setiap bidaan akan ditolak satu token, satu token berharga rm1.50sen kan. ok mcm ni, katakan saya bida menggunakan 20 token yang berharga rm30, saya menang dan value yang saya menang rm0.90sen. adakah 90sen itu perlu dibayar dan token sebanyak 20 itu akan dipulangkan. bagaimana jika kalah dalam bidaan tersebut sedangkan 20 token telah digunakan. adakah hangus atau dikembalikan token tersebut.
Terima kasih sebab sudi bertanya.
Token yang digunakan tidak akan dipulangkan walaupun anda kalah.
sekiranya anda menang, anda hanya perlu bayar harga barang yang anda menang (contoh 90 sen) + harga delivery (contoh RM5). Maka jumlah yang perlu dibayar hanya RM 5.90 (RM5 + 90sen tadi).
20 token yang bernilai RM30 tadi tidak akan dikembalikan.