Sindiket pengedaran dadah kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis.
Modus operandi sindiket dadah ini adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.
Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri.
Sepanjang tahun lalu,
Seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.
Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita.
Kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti :
- China (13 orang),
- Indonesia (13 orang),
- New Zealand (10 orang),
- Thailand (5 orang),
- Singapura (3 orang)
- Australia,
- Belanda,
- Argentina,
- Macau
- Pakistan.
Ada sesetengah keldai dadah ini tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah. Dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket ini demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.
Bicara Bro : Ada kenalan bro yang mempunyai kenalan yang berbusiness dadah.
Memang income dia masuk dari zaman berlajar sampai sekarang. Dah 2x kahwin.
Tapi hidup dia masih tak bahagia. Kenapa bro cakap macam nie?
Bila income yang tidak halal menjadi darah daging, menjadi makanan kepada ahli keluarga. Memang susah hati mahu tenang dan senang. Ada sahaja yang tak kena.
Jika bukan didunia. Mungkin di akhirat sana.
Kesian lah mak bapak , penat2 besarkan anak2 .. yang janda pulak kena fikirkan anak .. jangan sebab duit sanggup jd keldai dadah tu , biar hidup susah tk de duit kat atas dunia ni , syukur je dengan apa yg ada , dari nanti susah di akhirat , susah kena penjara sana sini.
Perempuan paling mudah dipengaruhi..
Dan mereka lebih setia.. Ini yang buat mereka paling sesuai dijadikan keldai dadah..
Lagi-lagi mereka yang lebih memerlukan wang
tulah masaalahnya ..perempuan2 kena kuat sikit ..
em….
Awat die selalu komen pendek2 je dekat blog bro nie
dah macam spam dah
memang betul bro..hidup ni kalau takde berkat memang kaya pun tak macam kaya…lebih baik yang hidupnya sederhana tapi bahagia….
ramai orang yang xsanggup hidup mencari keberkatan dariNya
itu memang jelas nampak sekarang…ramai orang sanggup gunakan apa cara walaupun tidak halal demi mendapatkan sesuatu..
Masa kawan cakap dia akan ke China atas urusan kerja, risau je. Dah la dia tu sangat baik dan jujur dan lurus. Semoga Allah lindungi dia. Rasanya client dia tu jujur.
Bagus la kalau cam tue kan…
Kita tak tahu hati orang cam mana.. kadangkala keldai dadah pun tak tahu apa-apa pasal barang yang mereka bawa
Erm boleh tak set ruangan komen dekat blog kamu supaya semua orang boleh komen…
Bro tak boleh nak komen dekat sana..
Nie komen bro pasal mesin basuh tue…
– selamat kamu xdapat abang cam bro.. Kalau tak, hari-hari sure terkena punya…
betul tu bro…mmg hidup xkn tenang kalau makan duit haram..tdak mudah untuk menjadi kaya..
Bro even cari income dekat internet pun tak fikir pasal nak kaya sebab bro fikir pasal halal haram je..
masuk perut bro juga kan
Betul tu bro..lebih2 lagi utk anak isteri kan??sama2 lah kita mencari rezeki yang halal..:)
huhu~ menakutkan aje.sb nak hidup senang, sanggup gadai nyawa.
Bukan nyawa je.. termasuk masa depan sekali tue
Kalau dah rezeki haram.. mcm mane hidup nak tenang..
Tue la.. if rezeki halal sure badan pun bahagia kan nurul
Isu keldai dadah ni memang serius,di tv pun banyak iklan pasal ni,semoga lebih ramai akan berhati-hati
ternyata pemikiran mereka berlainan dengan lelaki..