March 27, 2025

Petaling Street Warriors Meletakan Filem Malaysia Sebaris Dengan Filem Hong Kong

Petaling Street Warrior?

Filem Kungfu ala filem Hong Kong ke? Rasanya macam tidak.

Tapi…!!!!

Petaling Street itu macam pernah dengar.

Malaysia punya kan. Ala tempat banyak jual barang-barang tiruan itu kan.

Bagus jika anda tahu apa dan dimana terletaknya Petaling Street. Mungkin anda juga salah seorang daripada pengunjung yang menjadikan Petaling Street sebagai lokasi membeli belah.

Tetapi cerita ini tiada kaitan dengan keadaan Petaling Street yang anda tahu.

Ianya berkisar di waktu awal-awal Petaling Street wujud di Malaysia. Barisan kedai-kedai pun dah macam pekan koboi, belum ada trafik light ataupun orang tidur di kaki lima.

Sedikit pun tidak sama seperi Petaling Street sekarang ini

Bagi yang tiada kerja, mungkin duduk melepak di Rumah Kamasutra (bagi yang menonton cerita ini mungkin faham apa yang ingin bro sampaikan).

Sipnosis “Petaling Street Warrior”

Ianya mengisahkan tentang kehidupan seorang penjual mee goreng Hokkien yang agak penakut dan tidak mempunyai pendirian dalam hidupnya. Dalam kehidupannya boleh dikatakan di Queen Control oleh isterinya.

Dalam masa yang sama, dia dan perniaga di kawasan Petaling Street menghadapi masalah dari 2 kumpulan kongsi gelap yang menguasai kawasan tersebut.

Mereka sentiasa meminta wang perlindungan dari setiap peniaga, sehinggakan dia berpakat untuk peniaga-peniaga di sini bergabung untuk benteras kumpulan ini.

Tanpa dia ketahui, dia merupakan satu-satunya waris maharaja dari kerajaan Dinasti Qing. Dia juga diburu oleh beberapa pihak yang ingin mendapatkan peta harta karun kerajaan Dinasti Qing yang dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu satu ketika dulu.

Sedangkan dia sendiri tidak mengetahui asal-usulnya, inikan pula mengenai peta harta karun tersebut.

Harta tersebut menjadi rebutan oleh pihak British, Jepun dan juga kerajaan China di waktu itu.

Rupa-rupanya selama ini isteri dan sepupunya merupakan perlindung dia selama ini seperti yang diamanahkan oleh nenek moyang turun menurun. Dalam perebutan peta harta karun, isterinya telah ditangkap dan dijadikan tebusan.

Untuk menyelamatkan isterinya, beliau terpaksa menyerahkan peta harta karun yang dia sendiri tidak tahu di mana ianya terletak.

Apa yang akan berlaku selepas ini?

Korang tengok la ek, penat bro taip ini. Korang senang-senang nak copy paste.

Bicara Bro : Memang terbaik filem ini, walaupun bukan filem yang setanding dengan filem Hollywood ataupun Bollywood dari segi bajet. Ianya membawa mutu perfileman kita ke satu tahap yang berbeza dari grence yang sedia ada.

Gabungan perlakon dari Malaysia, Singapura dan juga Hong Kong dapat ditonjolkan.

Banyak pengisian dan makna tersirat tersurat ditontonkan kepada anda.

Nanti bro kongsikan gambar bro bersama pelakon dan tenaga kerja dalam menjayakan Filem ini.

Penulis skrip filem ini memang power, moga dia mampu menghasilkan banyak skrip untuk filem-filem yang akan datang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Petaling Street Warriors Meletakan Filem Malaysia Sebaris Dengan Filem Hong Kong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *