May 19, 2024

Pelajar Sekolah Tagih Janji Manis Teman Lelaki

Pesanan buat remaja yang masih lagi bersekolah.

Jangan sesekali menagih janji manis dari teman lelaki anda. Lagi-lagi jika mereka pun masih muda. Mentah dalam memikul tanggungjawab dan mampu berfikiran matang.

Bro tertarik dengan salah satu artikel dalam akhbar.

Dimana pelajar berumur 16 tahun sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji eman lelakinya pula berumur 17 tahun tidak ditunaikan. Malah dipaksa menggugurkan kandungan.

Beliau bersekongkol dengan ibunya dengan mengurung teman wanitanya dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan beliau.

Bicara Bro : Fikiran remaja perempuan zaman sekarang amat mudah, susah nak berfikir panjang.

Dan remaja lelaki zaman sekarang memang suka mengambil kesempatan walaupun diri masih lagi di tanggung oleh keluarga.

Akhir sekali, remaja zaman sekarang memang mudah hanyut dengan dunia mereka tanpa berfikir panjang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Pelajar Sekolah Tagih Janji Manis Teman Lelaki

    1. Tue la pasal…

      sayang anak berpada-pada la.. elok nikahkan je.. senang…

      zaman sekarang nie nak kahwin pun disusahkan.. tue pasal ramai remaja lebih buat maksiat.. senang je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *