Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz tergugat.
Ini berlaku apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan yang dia pernah berkerja dengan mereka.
Beliau juga merupakan anak kepada chef selebriti, Chef Wan.
Penafian itu dibuat selepas profil kelayakan Chef Riz yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai ‘Chef de Cruisine’ di Babboo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin.
Astro dalam satu kenyataan semalam mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu.
Chef Riz juga telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan tersebut.
Restoran Babboo yang terletak di New York milik chef terkenal, Mario Batali.
Pengarah Komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons e-mel kepada sebuah portal berita semalam menjelaskan Chef Riz tidak pernah bekerja dengan mereka.
Pengurusan Le Bernardin pula setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Portal berita tersebut melaporkan Chef Riz ketika dihubungi semalam terkejut dengan penjelasan pengurusan restoran Batali itu dan akan merujuk perkara tersebut dengan mereka.
Bicara Bro : Dulu bro masa kecik ada juga pasang niat nak jadi Chef.
Tetapi bro tak suka memasak ikut tekak orang lain. Bro suka memasak ikut tekak bro je. So bro saja yang layak komen masakan bro.
Belum pernah lagi orang komplen bila merasai masakan bro. Habis licin ada la.
so chef riz ni menipu ke ada kesilapan salah faham?
Belum dapat dikenal pasti..
apa signature dish bro. kalau aku, nasi goreng kampung dan maggi kari.haha…
bro punye…
– nasi goreng frame
– megi ala de framestone
bro pakai semua resepi anak tekak sendiri je… janji bro makan sedap
rasanya lagi berminat nak tunggu masakan bro??bila nak masak ni?hehee
*tak tgk pun rancagn memasak ni,kalau tengok buat diri lapar memanjang je..hehee
Perhhh~~~ :D Kelaparan teras tu mmg x dapat elak…
Bro masak untuk wanita sahaja… (ayat sanji dalam manga One Piece)
Bro selalu tengok sambil makan…
Kaki One Pice rupanya… Raja Lanun lapa jugak bro~~
macam2..
pergh…kalau ko jadi chef bro,confirm lagi retis dari chef riz ni :P
chef bro or bro chef..
ke Cheframestone he….23x
hahaha. mee gorang mamak 1
tah mana satu la yang betul ni. tapi dengarnya chef wan dah marah kat anak dia ni…
Yup… dah kuar dah paper hari nie
erk..macam tu pun boleh ke..? nak mengaku jugak le..sy pernah jadi Chef di kantin sekolah sy..boleh jadi juri dlm Masterchef x..? :)
Wah….!!! eh ye ke…??
Nasib badan la. da kantoi nak buat macam mana.
berita panas 2-3 hari je nie
xske chef nie..
chef…salah seorang calon untuk dijadikan suami….erk??!! ^_^