Berapa ramai yang cuti hari ini sempena Maal Hijrah semalam?
Sebab ramai gak yang bro tengok, berkerja hari ini. Ke mereka memang tiada cuti.
Hari ini,
Disebabkan kedai yang selalu bro makan tutup, bro agak mati kutu nak makan dimana.
Tengok bebudak rumah sedap je masak megi.
Nak paw cam segan, nak masak sendiri. Stok megi pun tiada. Check pokej dan dompet. Habuk pun tiada.
So terpaksa gagahi diri untuk keluar rumah time-time cuti ini dengan langkah yang jelas kelihatan “kemalasan”nye
Di McD (amboi, malas-malas pun sempat gak layan McD ek)
Bro ternampak sorang lelaki ini. Berkerut-kerut dahinya dok hadap laptop.
Sambil ditemani isteri dan 3 orang anaknya.
Makin bro tengok, makin berkerut dia menghadap laptop.
Mesti dia sibuk dengan kerja kot. Sampai masa dengan family pun dihabiskan bersama-sama dengan kerja.
Berkerut kerut…
So bro try la sekodeng apa yang sedang dibuatnya, tengok si isteri pun macam kusyuk menolong.
Bicara Bro : Bagus la, bila ada isteri yang memahami kerja kita, siap bantu apa yang perlu.
Tapi bukan bantu main angry birds. Berkerut-kerut abang tue main. Terasa hampeh dok tengok die berkerut-kerut dari tadi.
sama la ni bro.tgh berkerut2 main angry birds gak ni.haha
Bro pula berkerut-kerut usha dia main angry birds
keh989 isteri pun bantu ke? heeh sweet moment la tu^^
itu belum termasuk anak dia…
join sekaki
game yg addicted..