June 27, 2025

Jonathan Mak Nafi Pencipta Logo Apple – Steve Jobs

Jonathan Mak iaitu seorang pelajar seni reka di Sekolah Rekaan Universiti Politeknik Hong Kong, menyatakan logo penghormatan pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs bukan ciptaannya.

Dia bukan yang pertama mereka logo yang menampilkan buah epal dan mempunyai bayangan bentuk sisi muka Jobs.

Rekaan Mak yang berusia 19 tahun itu menjadi popular di alam siber selepas disiarkan oleh Mak pada Khamis lalu sejurus berita Jobs meninggal dunia.

Rekaan itu mendapat ribuan komen dengan topi dan baju T dijual di laman lelongan e-Bay memaparkan ciptaannya.

Logo tersebut juga digunakan oleh pelakon Hollywood, Ashton Kutcher di laman profail Twitternya.

Mak membuat komen tersebut selepas terdapat komen di laman Twitter bahawa seorang pereka yang berada di United Kingdom (UK) dikenali sebagai Raid71 sebenarnya telah mencipta logo tersebut pada Mei lalu.

Rekaan pereka UK itu itu turut meletakkan bayang Jobs tetapi dimensinya tidak sama seperti ciptaan Mak.



Bicara Bro : Fuhhh…!!! Kreatif sungguh la dorang nie.

Maaflah, bro bukan seorang yang sekreatif cam nie. Sebab tue masa bro dapat offer untuk melanjutkan perlajaran dalam bidang arkitek. Bro tolak awal-awal.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Jonathan Mak Nafi Pencipta Logo Apple – Steve Jobs

  1. woah.. kalau dia cakap yang Raid71 tu cipta dulu rekaan ni, tapi berlainan dimensi, maknanya yang gambar kat atas tu mmg rekaan Mak la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *