April 25, 2024

Ferrari Four – Model Terbaru Dari Ferrari

Ferrari Four

Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda diperkenalkan secara rasmi di Romania baru-baru ini.

Selepas ia dilancarkan kepada umum oleh Duta Itali di Romania, Mario Cospito.

Pengedar model Ferrari Four (FF) itu menerima enam tempahan daripada beberapa ahli perniagaan tempatan.

Pelumba kereta Itali, Giancarlo Fisichela berdiri di tepi kereta Ferrari Four.

Dah lama tak tengok pemandu ini beraksi. Setelah dia masuk pasukan Ferrari.

Ferrari FF dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda (bhp) yang mampu memecut kereta sport itu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 3.7 saat.

Dilengkapi sistem brek terkini, ia berhenti dalam jarak cuma 35 meter apabila pemandu menekan brek pada kelajuan 100 km/j.

Harga kereta sport canggih itu bermula daripada 220,000 euro (RM941,531) tanpa sistem injap VAT.

Bicara Bro : Macam nak angkat sebijik kereta Ferrari.

Harga dah ok. Sekali masuk malaysia. Mahu 2-3x ganda harganya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Ferrari Four – Model Terbaru Dari Ferrari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *