Remaja zaman sekarang, agak melampau juga tidakan mereka.
Tiada hormat pada bulan suci umat islam, dalam masa yang sama sanggup terlibat dalam aktiviti yang maksiat pada usia yang masih mentah.
Gila sungguh,
Ini antara kes yang bro baca dari akhbar tempatan.
Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas membawa teman wanita berkongsi bilik di sebuah hotel dekat Kuah, Langkawi, untuk mengadakan hubungan seks.
Mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).
Berdasarkan soal siasat, dua remaja perempuan berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bekerja di sebuah kafe dan baru berkenalan pelajar lelaki itu.
Mereka berasal dari Langkawi dan mengaku menyewa di hotel berkenaan semata-mata untuk melakukan hubungan seks.
Masing-masing bawah umur, tetapi tindakan mereka sungguh melampau.
Bicara Bro : Susah nak jangka tindakan remaja zaman sekarang. Susah juga nak mendidik mereka, jika dari awal kurang didikan yang sempurna.
Lagi-lagi buat remaja perempuan. Yang sanggup merosakan masa depan pada usia yang muda.
Selagi boleh tegur, kita tegur. Supaya aktiviti seperti ini tidak sebati dalam kehidupan mereka. Perjalanan mereka masih jauh lagi
gila betulll…dorang nih bukannya ksah bulan puasa pun…yg penting dorang seronok…hurrrmmm..teruk2 bdak zaman skrg nih…
nak berseronok xsalah.. asalkan kena pada cara dan tempatnya
bukan terikut-ikut dengan nafsu duniawi tanpa fikirkan kesan jangka panjang
sangat berani remaja sekarang ni…belajar tak pandai agaknya sebab tu berhenti sekolah…
panjang lagi masa depan tu…
mungkin ada sebab-sebab lain… mungkin juga mereka memang perlajar yang bermasalah
siapa tahu kan…
huishhh..gila advance betul yer diorang..padahal minor lagi tu, dah brani buat keja2 tak elok..ni sbb terpengaruh dgn persekitarana la ni..tambah pulak bila iman di dada cetek so otak pun jadi dangkal la nak berfikir..
haiish, mintak simpang la benda ni jadi kat family sy,,
simpangkan aja
pe lagi bro..nasihat sket adik2..hahahaha
Kalau jumpa.. bro dah tazkirah or talkinkan…
Tetapi, bro pun tak terjumpa mereka lagi
masa remaja buat sesuatu tak fikir panjang. bila dah dewasa baru nak menyesal.
Kpd remaja sekalian – fikir dulu sebelum buat.
Banyak yang tak sempat nak fikir.. tetapi sempat nak buat.. sebab itu dikatakan amik kesempatan he..23x
boleh di terima x hujah bro nie
betul gak tu. kalau sempat fikir xdela dinamakan amek kesempatan. hehehe
tambahan – Tahniah bro sebab menang Iphone dengan Octove.
Thank beb :)
budak sekarang layak ditegur dgn ayat kaki je….
ayat dari mulut mmg tk jalan….
makin ditegur makin kita yg sakit hati….
:P
Nak angkat kaki.. xpasal..kena bunuh or disimbah asid la pulak…
sedangkan baru ayat mulut pun.. kita pun nak dibunuhnya
Pada pendapat sy kan bro, mmg perlu tuding jari pd remaja. Tapi, lebih sgt2 perlu kte tuding jari pada ibu bapa, golongan yg lebih tua dr diorg, kerajaan, badan2 sosial, org2 yg mcm kita.. Remaja ni mmg bese tahap umur diorg memberontak n mencari identiti diri. it’s our job to guide them. Sepatut’a persoal’n, mana kte dlm smua ni? Adakah cara kte slama ni betul? Adakah kte tunjuk teladan yg baik? Tgk artist msia. Ramai yg islam, tp intisari’a tidak. at least kalo yg barat tu, kte ley ckp, ‘mmg la, diorg bkn islam.’ tp kte, yg islam, nk ckp camner? wallahualam.
Semua orang terlibat… sebab itu kita perlu penuhi fardu khifayah yang telah diamanahkan kepada kita…
bila perasaan malu sudah tiada,
hanya hawa nafsu yg menggila….
semoga mereka diberikan hidayah~~~
susah nak dapat hidayah bila kita hanya umat akhir zaman T-T
bulan pose nih setan da kene ikat… cuma nafsu jerr yang nak kene tahan sendiri….
Kerna Nafsu juga la… Hawa menggoda Nabi Adam A.S.
salam…
betul kata bro tu…merentung buluh biarlah dari rebungnya…kalau agama tidak ditanam dengan kukuh dalam diri,begitulah jadinya…juga sebab faktor2 lain di sekeliling yang mempengaruhi…
w’salam
jika betul cara ditanam.. pasti segar bugar agama tue…
Government should do something about this….
not just goverment.. but all people should show their responsibility
hmm.. akhir zaman dah….
Bukti dan alibi untuk menyatakan kebenaran akhir zaman
syaitan semua diikat namum yang tinggal adalah nafsu yang ditinggalkan oleh syaitan….manusia tewas…:(
sedihnya baca berita sebgini…
Senang cerita.. benih syaitan yang ditanam dan disemai selama 11 bulan ini, semata-mata untuk menghadapi bulan Ramadhan
11bulan vs 1bulan..mana tahan..