June 27, 2025

Khairul Fahmi Che Mat Pulang Cincin Tunang

Masih tak reda-reda lagi isu Khairul Fahmi Che Mat yang putus tunang.

Seronok pula orang lain mencanang dan mengembar gemburkan cerita ini.

Tak ramai pula yang mencanang & mengemukakan cadangan ataupun perancangan terbaik buat skuad Harimau Malaya. Baru berbaloi dari dok amik tahu pasal kes Khairul Fahmi Che Mat dengan bekas tunangnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi.

Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Beliau tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

Bicara Bro : Jika ikut adat, elok keluarga sendiri yang pergi memulangkannya.

Untuk jadi pemain profesional mahupun mereka ingin profesional dalam kerjaya mereka. Elakan masalah peribadi menjadi punca kurangnya fokus pada kerjaya.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang berkerjaya. Cuba elakkan masalah anda menganggu kerjaya pasangan anda.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

33 thoughts on “Khairul Fahmi Che Mat Pulang Cincin Tunang

  1. kann.. sepatutnya dah cakap ikut adat tu.. family sendiri la pulangkan.. ni pakai orang perantaraan..
    kita semua taktau pihak mana yang benar, pihak mana yang betul. tapi semua yang berlaku ade hikmahnya..

    1. Mungkin ada hikmah juga apa yang terjadi pada bro kan..

      Kalau dengan reena kena ikut adat juga tak..? Nanti nak try hantar rombongan he…23x

      Jangan hambat dengan penyapu udah la ek

  2. bila dah jadi public figure, itu la bayaran yg kena dibayar.
    semua apa yg dilakukan jd bahan media segala..
    pivacy dah takda..
    minda dan emosi kena kuat la utk berhadapan dgn situasi mcm tu

  3. Itulah bagus, ikat cara baik, putuskan pun cara baik barulah tidak bermusuh sampai mati..
    Hormat menghormati itu penting walaupun tiada jodoh..
    Betul tak bro??
    Bagus dia sangat profesional!

  4. jodoh tak panjang, apa boleh buat. salah pihak manapun, kalau dah mmg takde jodoh, takkan kemana. Kalau ada jodoh, tsunami 15 kali pun takkan putus…hehhe

  5. assalamualaikum bro…

    betul tu…sebaik2nya biar family sndiri yg pulangkan…

    ramai yg duk kata sana sini pasal diorang ni…x penat ke? hurm,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *