Istana Negara telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
Ini menunjukan bertapa seriusnya perkara ini sehingga mampu menggugat kestabilan dan keamanan negara.
Sehinggakan Titah Khas dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dikeluarkan.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Bicara Bro : Bagi bro, tak salah buat perhimpunan dan demotrasi jalanan, asalkan ianya tidak menyusahkan orang lain, merosakan harta benda atau mengundang musibah kepada negara kita.
Korang kena ingat,
Semua ini duit rakyat, bukan korang je bayar cukai, bro pun bayar, belum lagi orang lain.
Ada otak fikir, ada mata pandang, ada hati perhati. Mana-mana perhimpunan diluar negara [terutama yang aman tiada kekecohan] semuanya tidak melibatkan perkara-perkara politik. Tak perlu la terbawa-bawa cara mereka. Amik yang positif
Walaupun kenyataannya, orang Malaysia memang pandai meniru.
Memang la perhimpunan aman yg dibuat…tapi…
sape yang sembur sembur air dan baling gas pemedih tak pasal pasal???
bila keadaan mula jadi x terkawal :)
haha…bias!
btol tu bro. kalau bawak kemusnahan dan perpecahan, apa gunanya.
p/s: Baju Bersih 1.0 blom basuh lg. hehe
awat xbasuh lagi..?
hehe tak la bro. saja nk habaq kata saya pon ada baju kuning Bersih versi awal dulu :P
bro mati2 ingatkan mu malas nak basuh sebab nak buat kenang-kenangan huhu
semua org da demam kuning skrg..-.-‘
jom join perhimpunan ahad ni! hehe..;D
bro dari dulu memang demam kuning je memanjang
Nak join lah… BERSIH kan halaman rumah…hehe
alang2 bersihkan la halaman rumah bro :)
mmg orang mesia ni kaki copycat..kalo tiru perkara baik tu takpe la jugak..ni perkara yg buruk je nak ditiru..
kalau tak menyusahkan orang tu ok la jugak.
sebba benda yang buruk nie macam best je di tiru huhuu
tu la..heran betul..yg elok taknak pulak tu tiru ke
laman sendiri tak bersih lagi..jadi tak perlulah nak bersihkan padang luas kat luar tu…huhu
kalau bersihkan padang tue dapat income ok gak.. kutip botol huhuhu
kutip botol boleh recycle..hehehe
jom kita bersihkan diri sendiri dulu..
he..23x mandi jangan xmandi…
Inilah Malaysia yang tak sunyi dari kes-kes dan cerita propa..