Bro tertarik dengan entry bro sendiri mengenai ramai perempuan inginkan suami seperti Seth Tan dalam drama Nora Elena.
Sambutan dari pembaca blog bro juga mengalakkan.
Dan rasanya elok bro huraikan mengenai status quote yang bro perkatakan dari entry terdahulu.
Ini quote dari bro,
Yang terbaik, bila kita menerima seseorang itu seadanya dan bukan mengharap lebih dari kemampuannya.
Jika mampu, itu rezeki anda.
Jika tidak, jangan salahkan mereka.
Terima kasih buat Luna Qiszara sebab sudi menyukai quote dari bro :)
Disini bro ingin kongsikan 10 ciri pasangan terbaik buat anda:-
- Berterus terang dengan pasangan walaupun ianya menyakitkan
- Faham memahami dan bertolak ansur
- Menunjukan cinta pada anda dan bukan tunjuk depan orang ramai
- Hormat menghormati antara satu sama lain
- Lupakan kisah lalu [tidak mengungkit]
- Buang sifat cemburu [sikit-sikit tak apa]
- Tunjuk Komitment pada pasangan
- Jujur
- Sentiasa membimbing dan bukan menghancurkan anda
- Segala yang dilakukan untuk anda kerana Allah swt
Bicara Bro : Yang ke-10 itu yang paling penting.
Jika tiada, sempurna mana pun 9 ciri yang lain. Tetap juga tidak mampu menjamin kebahagiaan dalam hubungan yang dijalinkan walaupun sudah berumah tangga.
baiklah
Hope membantu huhuhu
bukan mudah untuk mencari pasangan yang memiliki ciri-ciri tersebut dan juga bukan mudah untuk kita memiliki ciri-ciri tersebut namun ia bukan sesuatu yang mustahil
Yup, bro hanya kongsikan basic sahaja…
tetapi yang basic ini pun tak ramai yang mampu lakukan
betul tu bro…tapi kita boleh memperbaiki mana yang kurang dan memperkukuhkan mana yang baik
sturju22…
yg no 10 tu memang paling penting. tak teguh yg no 10 tu, boleh menjadi punca kerosakan hubungan. ditambah pulak takda ciri2 1 hingga 9 tu kan.
betul tue zati.. itu saja yanng boleh bro bagi sebagai pengukur aras untuk dijadikan pasangan hidup
itupun dah lebih dari cukup tu bro..itu yg pentingnya la kan…
terbaik bro !!!!
biasa2 je nie..
sekadar perkongsian huhuhu
btol tu, ciri yg ke-10 plg pntg..
* bg sy seth tan pon xd la sempura sbb dia da buat dosa besar menodai nora elena.tp dia dh bertaubat..nobody’s perfect.
yup, beri perluang walaupun ianya untuk kali ke 150 juta dia meminta maaf..
sekurang2nya dia cuba berubah dari tak berubah langsung kan :)
sangat setuju bro…yg no 10 sptutnya no 1..sbb klu xde no10..buat cmne sekali pun..still susah nk happy
if bagi tazkirah.. mana yang penting kita letak sebagai yang terakhir… sebab orang xkan ingat yang mula2.. tertapi yang akhir..
begitu juga dalam bercinta.. ada x orang ingat saat manis masa kenal.. saat2 pahit nk berpisah ada la…
lagi satu.. 1-9 sesiapa pun boleh buat.. bila masuk yg ke-10..?? ikhlas ke.? ke hanya di mulut sahaja
kerapkan ulang tips no10..lm2 pasti ada yang tersangkut untuk utamakan yg no10..betul tak bro..:-)
he..23x boleh saja… asalkan baca tips tue sampai 10, bukan sampai 9 je
berkahwinlah kerana agamanya…kn tu pesan Nabi S.A.W
solat pun pesan Nabi SAW.. tetapi…?? sendiri fikir he..23x
if itu pun out.. yg lain pun lebih kurang sama juga
suka yg no 3 tu..buat ape nak show off kan.? lg buat org jeles lame2 ade yg patah hati..then mule la timbul kes2 yg x sdp didengar..betul x bro.?
Kalau ikutkan banyak pasangan yang suka show off… depan2 dh tunjuk macam tue.. belakang2..?? tuhan saja yang tahu…
bila orang keliling dah x suka.. muka la jadi buah mulut orang then mula ada yang doa bukan2…
so bukan2 la yang akan terjadi nanti
Saya suka berterus terang walaupun hakikatnya sgt perit…tapi lepas luah semua nya, dada rasa ringan dan sayang bertambah…
pastikan luahan tidak disertakan amarah & emosi yang terbawa2 oleh perasaan dan hasutan syaitan
Suara tak pernah tinggi kepada suami…
Kenapa???
Kerana suami adelah syurga isteri…hehe…
ada masa lagi ni untuk cari pasangan terbaik untuk diri..hehe
masa tetap ada, cuma kita sahaja tidak tahu menggunakan nya..
moga yang terbaik buat kamu :)
simple tapi padat bro.=)
Thank hakim…
tidak perlu panjang2 jika apa yang ingin kita sampaikan tidak tersampai..
salam kenal dari bro
S.E.T.U.J.U bro.. :)
Terima kasih, hope memberi manfaat kepada semua ek
setuju sangat2..
yang no 10 yang paling utama…
tapi.. suka kesemua yang ro list kan..
suka sangat2..
hahha.over la pulakkk…
oppsss…!! jangan la over sangat..
amik ini sebagai kpi dalam mencari pasangan anda
tak ada yang sempurna dalam dunia ni..sempurna macammanapun mesti ada kekurangan..percayalah
sempurna bila kita terima apa-apa kekurangan dia.. itu sahaja..
bila kita tidak terima, itu yang membuatkan kita rasa ianya tidak sempurna
kalu xde seth tan,bro framestone tan kan ade.x pun gvh tan..kekeke..
He…23x boleh saja.. tiada masalah, antara sudi atau tidak kan
salam,
saya terima seadanya…
kalau takder…saya bagi kasik ada…he3x…
w’salam.. bro xde.. boleh kasi bagi ade x
no 8 tu Jujur
kalau pasangan kita dan kita tak jujur memang tak eloklah
jujur la padanya, jika tidak lagi suka he..23x