November 11, 2024

Pemenang 2011 Shell FuelSave Challenge Peringkat Selangor

Baru-baru ini, bro telah di invite untuk menyertai 2011 Shell FuelSave Challenge Peringkat Selangor yang di adakan di Stesen Shell SS15/3B Subang Jaya.

Event ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama kepada pengguna kenderaan tentang cara menjimatkan penggunaan minyak petrol untuk kenderaan mereka.

Dan event ini diadakan dari setiap negeri untuk mencari pengguna bijak untuk melangkah ke pusingan akhir 2011 Shell FuelSave Challenge peringkat Kebangsaan.

Participants of the Shell FuelSave Challenge in Selangor were flagged – off by Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador.

Sesi bergambar bersama para peserta.

(L-R) Mr Ratchatapong Boonwatsakul, Fuels Scientist, Retail and Automotive Fuels Technology Group, Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd; Ms Christine Liew, Head of Retail Marketing – Malaysia, Singapore, Hong Kong, Brunei; Mr Leslie Ng, Retail National Sales Manager of Shel Malaysia Trading Sdn Bhd; Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd; Encik Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador (fourth from the left, in front row) and the participants of Shell FuelSave Challenge in Selangor

Bergambar dengan pemenang pertama

(L-R) Encik Saiful Johari, Shell Dealer for Spektra Murni Sdn Bhd; Mr Leslie Ng, Retail National Sales Manager of Shel Malaysia Trading Sdn Bhd; Mr Lee Chee Koon, the Selangor state winner of Shell FuelSave Challennge; Ms Christine Liew, Head of Retail Marketing – Malaysia, Singapore, Hong Kong, Brunei; Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd; Mr Ratchatapong Boonwatsakul, Fuels Scientist, Retail and Automotive Fuels Technology Group, Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd and Encik Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador

Shell Malaysia meneruskan bahagian kedua Cabaran Shell FuelSave 2011 dengan mengumumkan Encik Lee Chee Koon sebagai pemenang peringkat negeri Selangor.

Beliau telah memandu sejauh 110 kilometer dengan hanya satu liter Shell FuelSave 95 sepanjang laluan XX kilometer yang ditetapkan serta memenangi hadiah bernilai RM3,000. Beliau juga berpeluang untuk memenangi RM50,000 di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung pada Oktober 2011 nanti.

Apa kata Encik Lee Chee Koon selaku pemenang pertama

Minat saya untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011 bermula apabila saya melihat iklan yang melaungkan pesanan penjimatan minyak. Penjimatan adalah prinsip gaya hidup saya dan saya sentiasa mencari cara terbaru untuk menjimatkan wang.

Dengan menyertai Cabaran ini, saya sekarang tahu mengenai cara – cara untuk mengurangkan penggunaan petrol semasa memandu. Petua Shell FuelSave bukan sahaja berguna, tetapi juga praktikal untuk orang yang sering memandu seperti saya!

Selain itu, saya teruja untuk bertanding dalam Pusingan Akhir 2011 menentang pemenang dari Johor dan Pulau Pinang. Sementara itu, saya akan berlatih dengan mengamalkan petua Shell FuelSave dan saya berharap dapat menjadi Juara Cabaran Shell FuelSave Malaysia 2011 dengan mencatat hitungan kilometer paling tinggi.

Senarai Kedudukan Peserta Bagi 2011 Shell FuelSave Challenge Peringkat Negeri Selangor:-

  1. Mr Lee Chee Koon
  2. Ms Shirlie tan
  3. Ms Lina Toon
  4. Mr Jerry Ng
  5. Ms Jamuna Devi A/P Sundar
  6. Ms Lai Poh Yee
  7. Mr Lok Kin Mun
  8. Pn Norhafiza bt Razali
  9. En Shaharudin b Mohamad
  10. Cik Nurul Izma Mohammed

Mengenai Cabaran Shell FuelSave 2011

Untuk menjadi peserta, anda perlu:

  1. Kunjungi Pameran Bergerak Shell FuelSave atau laman web www.shell.com.my/fuelsave
  2. Isi borang penyertaan dan jawab beberapa soalan
  3. Pendaftar yang memberikan semua jawapan betul akan dipilih untuk pusingan penyingkiran
  4. Pendaftar yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temu duga bagi memilih hanya 10 finalis

Pemenang Negeri akan ditentukan menerusi jarak paling jauh yang dipandu menggunakan kereta Shell FuelSave 95.

Di Pusingan Akhir peringkat kebangsaan, kesemua tiga Pemenang Negeri akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Shell FuelSave 2011 dan membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM50,000.

Hadiah yang ditawarkan

Juara Cabaran Shell FuelSave 2011 akan membawa:

  • 1 x Juara Peringkat Akhir: Hadiah Utama bernilai RM50 000
  • 1 x 3 Pemenang Negeri: Hadiah Utama bernilai RM3,000
  • 10 x 3 Pemenang Hadiah Sagu Hati Negeri: RM300

Tarikh tutup pendaftaran peserta ialah 5 Jun 2011. Jadi, daftarlah hari ini untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.

Anda boleh mendaftar melalui laman www.shell.com.my/fuelsave

Untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011, pemandu berusia 24 tahun dan ke atas, dengan pengalaman memandu selama lima tahun, hanya perlu mengunjungi Pameran Bergerak Shell FuelSave untuk menjawab beberapa soalan dan melalui proses temu duga.

Pameran bergerak untuk pendaftaran peserta Cabaran Shell FuelSave seterusnya akan diadakan di Sunway Carnival, Pulau Pinang (3 – 5 Jun 2011).

Buat warga Pulau Pinang, jangan lepaskan perluang ini.

Gambar penulis blog bersama Fahrin Ahmad selaku Shell FuelSave Ambassador.

Bicara Bro : Terima kasih buat shell sebab sudi memaparkan iklan di blog bro walaupun cuma untuk beberapa hari, dapat gak tengok fahrin menari-nari di blog bro.

Terima kasih juga buat pihak Shell & penganjur kerana sudi menginvite bro untuk event ini.

Selepas ini, Kami akan terjah Pulau Pinang pula :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Pemenang 2011 Shell FuelSave Challenge Peringkat Selangor

  1. waah bro biar betul kat penang lak ka??nak tip penjimatan minyak huhu km pkai i charge ja nk jimat minyak huahua ada tip lain??buat entry cecepat hehe ^_^waah nk join kena register on9 ka??pengguna shell dtg ni haha dtg nk berklik2 iklan haha

    1. Yup lepas nie kat penang pula.. tp kali ini bro maybe xpergi kot..

      Ade je tip, nnt bro kongsikan ek.. awatnye..?? Nak dtg terjah ke nanti..

      Eh thank, iklan mana la yang die klik ek

    1. Sabah saraawak bro xpasti dorang ada turun ke x… Rasa cam xde je huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *