December 7, 2024

Pagi Ini – Hujan Lebat Membasahi Bumi Mu

Alhamdulillah,

Permulaan hari dengan hujan rahmatMu yang tidak lekang dek tasbihku di pagi hari.

Walaupun hari ini bro lewat bangun seperti kebiasaan, Azan subuh tetap mengiang2 di telinga bro mematikan lamunan mimpi yang masih enak untuk dinikmati.

Bicara Bro : Bro telah mendapat offer kerja yang sesuai dengan bidang dan minat bro. Perlukan kekuatan untuk meneruskan kerjaya sekarang atau bermula dari bawah untuk kerjaya yang baru.

Thank buat rerakan yang prihatin dan sentiasa memberi sokongan kepada bro. Insya’lah bro akan membawa fenomena baru dalam dunia blogging Malaysia. Dan bro masih ingat, tanpa korang siapalah bro. Terima kasih buat semua :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Pagi Ini – Hujan Lebat Membasahi Bumi Mu

    1. Hujan rahmat dariNya…

      bagi mengurangkan dosa yang ada di sini…

      wah.. dapat BE tue.. tahniah :)

    1. He…23x bro semalam balik dari KL ke Perak.. hujan lebat dengan jem kat MRR2…

      ade gak la terlena2 sikit semasa drive.. selamat sampai dengan selamat

  1. hojrah membawa berkat bro, aku pun pernah alami situasi begini, walaupun dulu masa nak tukar syarikat agak berat rasanya, tapi sekarang Bro pun tau sendiri aku macammana kan? Syukur kepada Allah.

    Rezeki dari Allah ada di mana-mana Bro, Apa yang penting berusaha, berdoa dengan jalan sentiasa bersabar dan menunaikan sholat 5 waktu. Insya Allah.

    1. Insya’lah

      Memang ingin berhijrah.. Moga yang terbaik buat diri ku dan masa depan ku :)

      Ada masa kita boleh lepak bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *