Alhamdulillah,
Tengah hujung-hujung bulan ini, ternazak kejab dek kerna gaji bulan lepas sampai la nie xdapat-dapat.
Harap rezeki dari blog sahaja. Walaupun tidak seberapa. Cukup la untuk memberi bantuan pernafasan walaupun tak beberapa mencukupi oksigennya. carbon ada la sikit lalu terjadinya Carbon Dioxide.
Tetapi bro berterima kasih buat mereka yang sudi mengiklan di blog bro.
Siapa mereka?
Korang usha la iklan yang menari-menari di blog bro ini. Klik juga jika hendak tahu apa yang mereka iklankan.
Pendapatan dari syarikat pengiklanan
Boleh dikatakan ramai dari blogger memasang iklan dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity & Advertlets.
Anda hanya perlu memasang di blog, dan hanya memastikan bahawa ada trafik yang datang ke blog atau website.
Ini sesuai bagi blog yang belum mampu menarik pihak pengiklan untuk meletak iklan di blog anda.
Pendapatan dari Pengiklan.
Dan ini yang bro ingin tekankan dalam entry ini, dimana blog anda sendiri mampu menarik pihak pengiklan untuk mengiklan di blog atau website anda.
Kebanyakan mereka akan menghubungi anda untuk menyatakan minat mereka untuk mengiklan. Di sini harga perlu di letak oleh permilik blog atau webiste dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Apa yang syarikat pengiklan akan nilai untuk meletakkan harga :-
- Reputasi blog dan juga pemilik blog
- Ranking blog (PR, Alexa etc)
- Unique Visitor & Page Views
- Jenis banner iklan (Saiz dan kedudukan)
- First view (dimana iklan itu akan nampak dulu bila website atau blog selesai di load tanpa perlu scroll ke bawah)
Bagaimana pula dengan blog anda?
Bicara Bro : Bro pernah memberi talk mengenai topik ini di UTHM bulan lepas. Dan sambutannya amat menggalakkan. Dan alhamdulillah, ramai yang dah mula menjana pendapatan di sini.
Jika ada sesiapa yang ingin mengiklan di blog bro, hubungi bro.
Top 3 pengomen blog bro bulan ini akan bro hadiahkan ruangan iklan 125×125 di blog bro selama sebulan. Jika anda merasakan anda antara top 3, cepat-cepat la design banner bersaiz 125×125 ek
Iklan : ada contest menarik [klik kalau nak join]
nk mndptkan unique visitor tu yg payah……
Senanh je.. promote je blog kat mane2, asalkan ada yang dtg.. esok dtg lagi lagi n lagi..
contohnya, kita beli iklan kt sini..erm..insyaAllah…bagus juga idea ni…
Cuma xramai yang praktikkan
Saya suka perkongsian macam nih… seyes membantu.. :D
Thanx bro.
Wel kome lal
Ini yang bro kongsikan dalam talk bro semasa di UTHM tempoh hari
halamak….x reti la pulak nk buat banner….
*perasan top comentor jer…
He..23x meh bro tolong buatkn.. rm10 untuk saru banner
trafik tggi boleh la bro
ktorg yg ciput ni cmno
Trafik mu pun tgi ape ujang huhu
aku nak try :)
Try la.. xpernah try lagi ke..??
tapi bagi blogger yang bru je visitor 200 org sehari perlu ke … letakkan tmpt sewa(ads)??
sama la kita. visitor dlm 200 je sehari. huhu
Boleh je.. asalkan trafik maintain 200 dan keatas sehari, jgn down sampai puluh2
dalam usaha nak tingkatkan trafik dulu br nk offer kat IKEA, LORENZO, Jati Mas dan sewaktu dgnnya utk iklan di ER. Wah, target baik punya. hehe
Wah marvellous tue..
Ade je blogger yg nk iklan dekat ER tue.. siapa kata xde.. alang2 baik mu buat cam alex tue..
Tau2 je mu dorang invite untuk kasa impian he…23x
ok bro..aku dh design banner siap2..kihkihkih….
Wah lajunye mu ek…
Ok, bro nk tgk nama mu dekat list sebelah
huhu..trafik kt blog pun rendah..leh ke jana pendapatan eh..plg tgii dlm 300++ visit je. =.=”
If dpat dlm 200-300 sehari tue pun dh ok.. if nk charge rm10 untuk satu iklan
cantik jugak ni bro..bolehlah difikikankan lepas ni…thanks utk motivasi ni :D
Nie free2 je bro bagi koranv, hope korang hargai la ek…
Ooo baru saya faham…
Apa yang si manis faham ek
Satu perkongsian yang menarik buat rakan-rakan Blogger.. Lepas ni lebih ramai blogger akan berjaya memperolehi pendapatan sampingan melalui Blog..
Terima kasih di atas informasi yang dikongsikan..
Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda
Sama2..
Ini salah satu topik semasa bro dijemput untuk bagi ceramah di UTHM tempoh hari
nak tukar g adverlets..tapi nuffnang de sikit lg nak cashout..takut kalau tuka nanti burn nuff burn kan je……..ke cashout kan dulu nuff??
**lari tajuk tak soalan ni??;P**
Buang je iklan nuffnang dulu… Hujung bulan baru cash out.. burn.. if die burn, habis la nuffnang kne burn dengan budak2 blogger.
Semua pakat boikot nnt
dgn UV sehari 50-60 je rasanya jauh lagi perjalanan ni…hehe..caiyok2…tq bro
Insya’lah mana tahu akan datang, trafik mampu jadi 10x ganda kan
Kalau macam pakai blogspot still boleh ke letak iklan syarikat tu bro ??
Boleh je.. jika blog kita menarik perhatian mereka untuk mengiklan…
Tengah cari sumber idea buat entry meletup tak jumpa2 lagi,tapi tahniah blog bro memang terbaek
Thank, blog bro biasa2 je..
Xpayah nak pening2 kepala buat entry meletup2.. hari nie blog kite trafik mencacak, esok lusa belum lagi.. so ianya membuatkan blog kita tidak berkualiti..
Yang penting pastikan apa yang kita kongsikan mampu meletupkan blog kita hari2 tanpa meletupkan kepala otak dari meletup he..23x
hye bro ! datang lagiiiiii :)
hurmmm..nak dapat unik tu yg payah.. rasa nak nangis je bila BE tak naik..
mcm mana nak naikkan traffic.. buat blog-walking pun gi tu je jadinya..
macam mana bro buat ?
Bro xde buat blog walking.. promote kat facebook.. ping kat gengblogger or dekat mane2..
Xpun cari la mane2 blogger yg sudi dtg melawat blog kamu n pastikan die hari2 sudi dtg… Lepas tue xpyh la risau pasal trafik
best nye kalo ade org nak iklan kat blog kite..
sebab itu kita kena mantapkan blog kita.. baru ade orang berminat nak mengiklan
jangan letak iklan sampai kacau pembacaan kita sudah kan?
kalau macam tu apa pun tak jadik!
alhamdulillah dah ada orang iklan kat blog saya sekarang ni..so bagi yang newbie tu ingat, brand tu blog korang macam Bro kita ni kemudian ikut korang la nak cari income sampingan macam mana? yang pasti entri dari hari ke hari mesti best :)
Betul tue, ramai gak yang bubuh segala iklan di blog, tetapi satu pun xmenjana apa2 tetapi menyemakan blig merek sendiri.
Branding perlu ada, baru ada nilai pada pengiklan..
Isu branding bro ada ketengahkan dalam ceramah bro di UTHM tempoh hari
rumah baru takleh nak buat dulu..hukhuk
kena usha cari traffik dulu
Insya’lah trafik tue ada kasih.. nnt bro promotekan blog kasih ek
thank you bro sbb sudi nak membantu..dah ada ‘rumah’ baru ni kasih nak cuba baiki mutu penulisan :)
gaya mutu dan keunggulan perlu ada dalam penulisan anda :)
good luck ek
Terima kasih sekali lagi bro sebab sudi berkongsi,kali ni kat blog bro pulak,aritu dah dengar kat talk bro kat UTHM,Sharing Is Caring
Benda yang sama je bro kongsikan huhu
ooowh..baru tau…
top 3 commentator? erkks, adakah sy slh seorangya tu..heheheh
nie yang bro nak bgtau nie…
adakah anda berada dikalangan top 3..? mari kita lihat
Jika ya, sediakan banner 125×125 ek
ekekeke..ok..nk prepare ni…mcm iya jek,,tp kot2 salah tengok plak kan..takpe..be prepareeee..
tapi ada kalanya kita kena consider gak iklan yang nak diletak tu demi menjaga reputasi blog kita..kekadang ada gak iklan yang kita kena tolak, walaupun ada iklan yang amat lumayan..sebabnya? mungkin niche iklan tu tak patut diletakkan di blog kita tu..
mungkin hanya sesuai untuk blogpost/review sahaja..ianya penting demi mengelakkan ramai menganggap blog kita ni, blog iklan..dan bukannya blogger sebenar..jika lebih 70% ruang blog kita dipenuhi iklan..kena fikir balik la tu..:D
Jika blog berniche memang erlu berhati-hati dalam memilih iklan yang bersesuaian untuk dipasang pada blog.
Jika tidak, niche blog akan larik.
Jika 70% ruang blog penuh dengan iklan. Itu namanya papan iklan.
Jika blog tersebut sekadar tempat untuk berkongsi berita atau info copy paste, maybe sesuai sesangat kot
bila cik pulau tengok kan bro..
bukan top 3.
top 10 pun cik pulau tak lepas ni..camne ni??
lalala~
Kalau cam2 start bulan depan kena selalu komen di blog bro la ek huhu