Apa Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu Mengenai Skim Rumah Pertamaku

16,999,388 total views, 2,186 views today

Apa Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu Mengenai Skim Rumah Pertamaku

Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu Mengenai Skim Rumah Pertamaku
Dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dan apabila kita tengok dekat PropertyGuru sesi house for sale, ianya tidak menunjukkan tanda-tanda akan ikut turun, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menjadi korban.

Bagaiamanapun, ada beberapa skim pembelian perumahan yang patut kita ambil untuk meringankan beban kita.

Pernah dengar tentang Skim Rumah Pertamaku? Jika pendapatan anda kurang daripada RM 5,000, anda mungkin boleh menikmati faedah skim ini.

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan pada Belanjawan 2011. Ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu golongan belia yang berpendapatan kurang dari RM 5,000 mendapat pembiayaan kewangan sehinga 100% daripada bank bagi memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini sangat dialu-alukan memandangkan dengan keadaan sekarang, golongan belia memang tidak mampu untuk membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah mereka.

Ada beberapa sebab kenapa ia sukar untuk golongan belia:

  1. Adakah anda sanggup mengenepikan 20 – 40% daripada pendapatan anda untuk wang pendahuluan anda?
  2. Bila wang yang anda simpan sudah mencukupi, bolehkah anda memiliki rumah dengan nilai yang sama?

Jawapannya tentulah tidak. Ada banyak kisah bagaimana menderitanya golongan belia dalam mengumpulkan wang untuk pendahuluan rumah tanpa bantuan ibu bapa.

Duit Gaji

Ini merupakan perkara yang benar-benar terjadi jika kita ambil kira gaji seseorang yang tidak dapat mengikut rentak inflasi harga rumah.

Berapa ramai golongan belia kita yang boleh mengharapkan gaji mereka meningkat selaras dengan kenikan harga rumah?

Ini memang tidak dapat dibayangkan, terutamanya bagi mereka yang baru mula bekerja. Nasib baik kerajaan memulakan skim ini sebagai satu inisaitif bagi membantu sesiapa saja yang baru mul bekerja dan mahu membeli rumah pertama mereka tanpa melalui proses menyimpan wang pendahuluan yang menyakitkan.

Jadi siapakah yang layak untuk memohon skim ini?

  • Warganegara : Warganegara Malaysia sahaja
  • Umur maksimum : 35 tahun
  • Had pendapatan kasar : Tidak lebih dari RM 5,000 setiap peminjam atau 10,000 untuk peminjam bersama
  • Status pekerjaan : Syarat bekerja sekurangnya 6 bulan dimansuhkan.
  • Rekod tabungan : Syarat rekod tabungan selama 3 bulan dimansuhkan.
  • Jenis hartanah : Hartanah kediaman di Malaysia sahaja.
  • Status siap : Dalam pembinaan atau sedia didiami.
  • Nilai hartanah : RM 100,000 hingga RM 400,000
  • Tempoh menetap maksimum : 35 tahun, atau usia tidak melebihi 6 tahun, yang mana lebih rendah.
  • Jenis pinjaman : Fasiliti pelunasan Ini adalah Pinjaman Nukan Flexi Penuh
  • Kaedah pembayaran bulanan : Potongan gaji atau arahan tetap.
  • Insuran kebakaran/ takaful Wajib

Cara memohon Skim Rumah Pertamaku

Cara memohon Skim Rumah Pertamaku

Jika anda layak dengan syarat di atas, untuk memohon pembiayaan 100%, anda hanya perlu maklumkan ke pegawai bank di bank yang turut serta dalam skim ini bahawa anda ingin membuat pinjaman melalui Skim Rumah Pertamaku.

Biasanya ada borang yang akan digunakan untuk memaklumkan hasrat anda pada bank.

Harus diingat, tidak semua bank turut serta dalam skim ini. Anda boleh lihat senarai penuh bank di senarai bank yang terlibat diterbitkan oleh SRP.

Juga perlu diingat, walaupun kerajaan berniat baik, dek kerana proses penapisan yang ketat oleh bank, hanya 1 daripada 10 orang pemohon saja yang berjaya dalam permohonan mereka.

Kesimpulan

Walaupun skim ini sangat membantu dalam merealisasikan impian memiliki rumah pertama, seseorang itu hendaklah ingat peraturan 70-30, di mana anda mestilah memperuntukkan tidak lebih daripada 30% pendapatan anda untuk rumah anda.

Jika anda boleh patuhi peraturan ini, anda boleh memastikan kedudukan kewangan dalam keadaan baik dan dalam masa yang sama anda memiliki rumah anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *