17,145,030 total views, 419 views today

Tak Mampu ke Korea? Kita ke K-Street Carnival di Klang Parade

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

K-Street Carnival at Klang Parade
Semangat gila dari Rawang pergi ke Klang Parade semata-mata nak hadiri K-Street Carnival yang berlangsung di sana.

Nak ke Korea tak beberapa nak mampu hujung tahun ini. Tetapi nak juga rasai sedikit pengalaman ala-ala Korea gitew.

Karnival ini berlangsung dari 17 – 20 November 2016.

Seawal pukul 11 pagi Bro dah sampai selepas pickup rakan, Neyra di KTM Batu 3.

K-Street Carnival at Klang Parade

Bro datang pada hari Sabtu,

Aktiviti pertama yang diadakan adalah pertandingan mewarna. Bukan calang-calang yang sertai, semuanya agak mahir mewarna walaupun usia masih lagi muda.

Diatas pentas pula, ketika itu terdapat beberapa group tengah buat persediaan untuk pertandingan K-Pop Dance Cover yang bakal berlangsung pada tengaharinya pula.

K-Street Carnival at Klang Parade

Di satu sudut pula,

Terdapat booth yang menyediakan pakaian tradisi Korea untuk anda cuba dan bergambar.

K-Street Carnival at Klang Parade

Neyra tak sabar sebenarnya nak mencuba memakai Hanbok ini. Teringin katanya, dan tak sangka ianya mudah dipakai.

Kemudian, anda boleh mengambil gambar dengan prop yang disediakan dan dimuat naik dilaman sosial.

Bukan itu sahaja, selepas anda memuat naik gambar, terus tunjuk kepada pihak penganjur dan anda dapat membawa pulang voucher Karaoke RM20 dari KSong Family KTV Klang Parade.

Kalau waktu itu, tekak sihat. Mahu ajak si Neyra pergi karok sejam dua.

Borong Produk Korea di Shin Sun Mi Korean Market

K-Street Carnival at Klang Parade

Tujuan asal Bro ke sini, semestinya nak membeli belah di Shin Sun Mi Korean Market yang turut dibuka di sini.

Produk-produk makanan Korea yang sukar dijumpai di Malaysia, ada dijual di sini.

Ada produk yang Bro pernah lihat dan ada juga yang tidak pernah Bro lihat.

K-Street Carnival at Klang Parade

K-Street Carnival at Klang Parade

K-Street Carnival at Klang Parade

Selamat ada Neyra,

Just tanya dia je. Malangnya, Bro tanya dia pasal makanan, dia jawab pasal Running Man.

Nak kena korek telinga budak ini. Ke sebab tak sabar nak jumpa Lee Kwang Soo yang akan datang ke Malaysia minggu ini.

K-Street Carnival at Klang Parade

Ok, ini sahaja yang sempat Bro beli di Shin Sun Mi Korean Market.

Bro tak stay lama di sini. Kalau tidak, pasti Bro dah join pertandingan cabaran Korean Spicy Noodle. Bagi korang yang biasa makan Samyang Spicy Noodle bajet ala-ala tahan pedas tue, elok sangat kalau korang yang join.

pertandingan cabaran Korean Spicy Noodle

Berani tak adik ini?

Dengar cerita sampai menangis dia tahan kepedas sewaktu cabaran ini berlangsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Tak Mampu ke Korea? Kita ke K-Street Carnival di Klang Parade

  1. pnggemar korean bolehlah dtg

    1. Bro bukan pengemar, tapi datang juga… shopping hahahhaa

  2. Kecur lidah tengok awek tu makan ramen.. sedap tapi pedas giler kot..

  3. wahhh bestnya kalau dapat sini..

Leave a Comment