Melawat Pejabat Urusan Les’ Copaque Bersama Rakan Blogger

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production
Baru-baru ini, berkesempatan melawat pejabat urusan Les’ Copaque yang terletak di Shah Alam.

Kalau ikutkan rancangan awal, Bro hanya ingin membawa keluarga pergi melawat syarikat yang buat animasi Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri etc yang merupakan animasi kesukaan anak-anak.

Lagipun, Bro ada kenalan yang berkerja di sana.

Alang-alang, Bro jemput rakan blogger yang turut serta ke Majlis Pelancaran Cawangan Sushi King ke-100 di AEON Mall Shah Alam yang berdekatan dengan pejabat urusan Les’ Copaque.

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production

Kami disajikan dengan kata-kata aluan dari pengarah urusan Les’ Copaque, Haji Burhanuddin Md Radzi.

Beliau la yang melakonkan suara animasi sebagai Tok Dalang.

Banyak yang beliau kongsikan terutama tentang filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini di Malaysia, juga di Indonesia.

Menarik, tak sabar nak saksikan Puteri Balqis yang turut berlakon dalam filem ini.

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production

So aktiviti kami disini, dibawa melawat sambil disekolahkan oleh saudara Mohd Zarin yang merupakan orang kuat pemasaran di sini.

Kami dibawa melawat ke setiap ruang pejabat Les’ Copaque sambil menyaksikan “pertunjukan kesibukan” warga Les’ Copaque menyiapkan animasi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Boleh nampak keseriusan dan kegilaan masing-masing membuat kerja.

Ok, rindu zaman-zaman kerja macam ini satu ketika dulu.

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production

Ini pula, sesi temu ramah dengan pelakon suara animasi Upin Ipin.

Boleh dengar suara mereka secara LIVE. Ada tak mana-mana suara yang anda kenali dalam video di bawah ini?

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production

Memang murah rezeki kami bila dapat berjumpa dengan Adik Asyiela Putri yang melakonkan suara bagi adik beradik kembar, Upin & Ipin.

Lawatan blogger ke studio Les' Copaque Production
Gambar kenang-kenangan sebelum pulang.

Sekiranya anda ingin buat lawatan atau ingin berurusan dengan Les’ Copaque boleh rujuk maklumat dibawah ini.

Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

T : +603 – 5511 8089
F : +603 – 5511 8086

Website : www.lescopaque.com
Email : info@lescopaque.com

Bicara Bro : Selamat ulang tahun yang ke-10 buat Upin Ipin.

Dah 10 tahun rupanya animasi Upin Ipin. Dorang tak membesar-besar sampai sekarang, dari zaman Bro bujang hingga anak Bro dah masuk 2 orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,447,488 total views, 3,380 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

6 responses to “Melawat Pejabat Urusan Les’ Copaque Bersama Rakan Blogger”

  1. sayaiday says:

    wahhh, pengarah urusan pon sumbang suara dalam upin ipin. baru tahu. watak tok dalang pulak tu. hehehe

  2. Baru tahu suara Tok Dalang tu pengarahnya sendiri.. hehehe

  3. bestnya pi pejabat upin ipin

  4. olaoli says:

    waaa..best la bro dapat melihat cara depa bekerja buat animasi tu…itu hari ada keluar kat astro pembinaan animasi tu..

  5. titan says:

    fuhh..

    dah sepuluh tahun lamanya ehh diorang ada kat malaysia nih..

  6. Fieza Sani says:

    uiii..dah 10 tahun upin ipin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge