17,149,196 total views, 500 views today

Misi Menghabiskan Voucher RM50 di Mydin USJ, Subang Jaya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya
Disebabkan rumah Bro agak berjauhan dengan pasaraya Mydin dan tidak mahu terjadi kes seperti yang terdahulu.

Maka Bro dan rakan-rakan blogger yang sporting cuba menjalankan misi menghabiskan voucher RM50 yang baru kami terima di Mydin USJ, Subang Jaya.

Apa kes yang terjadi dahulu ek?

Erm….!! Voucher yang Bro pernah terima dahulu tamat tempoh (walaupun tempoh jangka hayat yang diberikan agak panjang).

Kali ini, Bro harap ianya tidak terjadi lagi.

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

Sebelum mulakan misi, kami book peti simpanan untuk menyimpan barangan kami.

Barangkan berharga tidak digalakkan letak disini. Risau apa-apa terjadi, korang juga yang menangis tidak berlagu. Elok amik langkah berjaga-jaga.

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

Partner in crime…..!!!

Nampak tak bertambah orang disitu? Ada yang dah mulakan awal-awal lagi, tapi gagal menamatkannya bila hati berbelah bagi.

Lepas nampak muka Bro terus dia bagi kata putus.

Nampak sangat muka Bro nie mampu meningkatkan nafsu orang untuk membeli he..23x

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

50% dari barang yang kami beli.

Korang rasa, siapa punya barang yang paling banyak dalam troli ini?

Waktu ini, Bro ada kongsikan beberapa tips bagi mereka yang ingin berbelanja pada bajet tertentu. Tetapi berbaloi-baloi dan boleh dianggap pengguna bijak.

Malangnya, Bro telah melakukan kesilapan.

Umur makin tua (faktor usia), dah tak mampu nak congak-congak dalam kepala macam zaman jadi budak pintar dahulu (add math power dulu).

So lepas ini, kena tulis berapa harga setiap barang yang diambil.

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

Ok, ini la gambar pemenang kita.

Dia berjaya membeli belah pada nilai paling minimum berbanding orang lain. Ok xpe, bagi je la dia menang. Karang menangis pulak karang.

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

Saya menang motor….!! eh rice cooker.

Boleh jadi duta Mydin dah nie. Apa-apa pun tahniah sebab dah start kumpul barang-barang untuk berumah tangga kelak.

Nanti senang.

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menyertai Misi Menghabiskan Voucher RM50 Mydin ini :-

  1. Razzwey
  2. Iena Eliena
  3. Ayue Idris

************

Misi Menghabiskan Voucher RM50 Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya

Muka-muka kepenatan, lepak sekejap di Sup Meletop, Bandar Sri Pemaisuri sambil teman Bro tunggu puan isteri habis kerja.

Ok, Next….!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Misi Menghabiskan Voucher RM50 di Mydin USJ, Subang Jaya

  1. yeayyyyyy saye menang
    mekasih bro belanje makan

  2. Assalammualaikum… bro,

    oooo kena berbelanja seminima lebih kurang RM 50.. siapa paling minima dikira sebagai pemenang lah kan… ingat bro menang.. takper.. boleh cuba lagi bro… hehehe

    mselim3

    1. Bro salag kira… uwahhhhh…!!!

  3. menang voucher rm50 pun dah ok tu..ada jugak la yang boleh dibeli.. 🙂

  4. Mydin macam-macam ada. 🙂

  5. wah best.mydin USJ antara tempat peberet saya tu..

  6. kegiatan berbelanja pasti asyik apalagi bila guna voucher ditambah game menarik seperti itu

  7. mydin sana je ke buat nie..hu3

Leave a Comment