April 19, 2024

Hari Pertama Persekolahan 2015 : Cikgu Potong Rambut Pelajar

Cikgu Potong Rambut Pelajar Hari Pertama Persekolahan 2015
Hari pertama persekolahan 2015.

Dah ada yang kena potong rambut secara berjemaah oleh guru sekolah. Dimanakah silapnya bila perkara seperti ini kerap kali terjadi diawal sesi persekolahan.

Rasanya perkara ini dari dulu lagi memang selalu terjadi.

Teringat lagi zaman persekolahan dulu. Hari pertama persekolahan, terpaksa buat spotcheck. Mana-mana pelajar yang berambut panjang atau tidak ikut peraturan yang dibenarkan, memang akan dipotong rambutnya.

Ada seorang junior hostle ini, kena tahan sebab rambut dia perang. Disebabkan Bro nie senior pengawas merangkap senior dekat hostel bagi arahan dekat pengawas yang menahan untuk lepaskan dia.

Memang tak boleh nak buat apa-apa, sebab memang keturunan dia berambut perang.



Ada satu lagi kes, hari pertama dah macam toyol.

Kepala botak licin. Tak pasal-pasal kena tahan.

Bila ditanya kenapa botakkan kepala, dia cakap dia nazar kalau result PMR dia ok, dia nak botakkan kepala.

Kes lain-lain jangan tanya Bro.

Perempuan? Entah…. Sekolah Bro tiada pelajar perempuan kecuali tingkatan 6 sahaja. So Bro tak ambil port sangat pasal displin pelajar perempuan.

Lagipun kelas Bro hanya ada 4 orang je pelajar perempuan. Itupun bukan Melayu.

Adakah gua tersalah masuk sekolah?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Hari Pertama Persekolahan 2015 : Cikgu Potong Rambut Pelajar

  1. Bro ni pengawas rupanya masa sekolah dulu. .. hehehe. ..

    Eloklah tu jaga disiplin pelajar bermula dari sesi pertama persekolahan lagi, supaya mereka terbiasa dengan disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah. .

  2. Dulu pernah simpan rambut panjang beberapa helai sembunyi celah2 rabmbut.. mmg trend waktu tu. Malangnya ada spotcheck cikgu bawak sikat. Kantoi semua. Kena potong pendek mcm rekrut askar jadinya huhu.. :D

    1. Untung la boleh balik potong rambut…

      Paling tak boleh blah kalau cikgu potong sebelah je… then pepandai la pergi kedai gunting rambut mintak dorang otter balik

  3. Dahulu pandai-pandailah menyelamatkan diri daripada dicekup sebab berambut panjang. Cuma tidak faham dengan sekolah zaman sekarang. Kalau potong rambut botak seperti Mawi pun tidak boleh. Begitu juga apabila menghampiri cuti sekolah pun perlu berambut pendek.

  4. Bersangka baik: pelajar sibuk menelelaah masa cuti panjang smpi tak sempat nak gunting rambut kemas2. Takda hal, cikgu akan potongkan kasi cantik.heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *