You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > Baby Fisha Baru Tumbuh Gigi Sulung

Baby Fisha Baru Tumbuh Gigi Sulung

Nur Elfisha - 11 bulan
Hari ini genap Baby Fisha berumur 11 bulan. Lagi sebulan je lagi, dia akan berusia 1 tahun.

Cepat betul masa berlalu. Tau-tau ternampak gigi sulung dia baru tumbuh. Gigi dah tumbuh, tapi rambut macam itu juga.

Dah bermacam minyak disapu. Tapi nak buat macam mana, memang faktor keturunan kot. Rambut memang lambat tumbuh.

Antara Tanda Bayi Tumbuh Gigi

Antara tanda-tanda yang menunjukan bayi mahu tumbuh gigi, bila bayi jadi cerewet dan cepat gelisah. Kadangkala cepat marah, suka menggigit (terutama gigi jari sendiri), tak mau makan, dan tak mahu tidur.

Ada sesetengah bayi keluar air liur yang banyak (tapi baby fisha kurang, itu pasal tak perasan gigi dia tumbuh), kadangkala menangis pada waktu malam tanpa sebab dan demam yang rendah.

Jika dulu Fisha agak kurang mengigit.

Sekarang, daddy dia tidur pun dia boleh gigit tangan atau pipi daddy dia.

Memang ada beli mainan ataupun benda yang boleh dia gigit. Tapi daddy dia juga yang dia gigit. Sedap kot daddy dia nie he..23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Baby Fisha Baru Tumbuh Gigi Sulung

Leave a Reply

Top