Breakfast Concorde Inn KLIA

Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport

Pagi ini teman Puan Isteri breakfast di Concorde Inn KLIA setelah hampir seminggu tak jumpa suami dia.

Alang-alang hari ini hari terakhir beliau kursus. Elok beno rasanya Bro datang ke sini breakfast kemudian tunggu dia habis kursus dan jemput dia balik.

Dapat juga bermalam semalaman di sini.

Part itu, nanti Bro ceritakan.

Rasanya sebelum puasa ini, nak plan vacation seisi keluarga. Ke mana? Entah la…. Ada yang nak jadi keluarga Bro ke?