You are here
Home > Iklan > Advertorial > Bayi ‘Tahun Kuda’ Diraikan Sempena Tahun Baru Cina Oleh Dettol

Bayi ‘Tahun Kuda’ Diraikan Sempena Tahun Baru Cina Oleh Dettol

Gong Xi Fa Cai - Dettol Malaysia
Rasanya masih belum terlambat Bro nak ucapkan “Gong Xi Fatt Chai” kepada rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina.

Tahun ini merupakan Tahun Kuda.

Untuk meraikan Tahun Kuda, Dettol menyambut kelahiran bayi tahun “Kuda” pertama daripada 10 hospital yang terlibat di Malaysia dengan hadiah wang tunai dan hamper Dettol melebihi jumlah RM5,000.

10 hospital yang terlibat:

  1. Pusat Perubatan Gleneagles Intan,
  2. Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri,
  3. Pusat Perubatan Pantai,
  4. Hospital Assunta,
  5. Hospital Columbia Asia (Puchong),
  6. Hospital Columbia Asia (Bukit Rimau),
  7. Hospital Pakar KPJ Damansara,
  8. Hospital Pakar KPJ Tawakal,
  9. Pusat Perubatan Tropicana,
  10. Pusat Perubatan Sunway.

Setiap bayi pertama yang lahir di hospital diatas sempena kedatangan Tahun Kuda, Dettol akan menyambut kelahiran cahaya mata anda dengan hadiah wang tunai istimewa bermula daripada RM388 hingga RM888 termasuk hamper Dettol.

Kempen ini bertujuan meraikan kedatangan Tahun Kuda dan sejajar dengan kerjasama yang sudah lama dibina Dettol bersama hospital-hospital ini untuk “pendidikan kebersihan dan program persampelan ibu-ibu baharu” sejak lebih sedekad lalu.

Antara hadiah yang ditawarkan oleh Dettol :-

  1. Wang tunai RM388 dan kit percubaan ibu untuk bayi pertama di setiap hospital yang terlibat sempena Tahun Baru Cina*
  2. Wang tunai RM388 untuk diberikan jika bayi merupakan bayi ‘Tahun Kuda’ pertama di kalangan sepuluh hospital yang terlibat
  3. Lebih RM5,000 berupa tunai dan produk disediakan bagi meraikan bayi ‘Tahun Kuda’ pertama

Saban tahun, Dettol menyambut kelahiran lebih 2 juta bayi di hospital seluruh Malaysia.

Projek ini mengajar para ibu bapa berkenaan kesihatan dan kebersihan yang sangat berguna untuk tumbesaran bayi.

Untuk lebih satu dekad, Dettol menyediakan kit percubaan kepada ibu-ibu baharu yang mengandungi sebotol larutan cecair antiseptik, sanitasi tangan dan risalah pendidikan kebersihan tentang penjagaan kebersihan yang betul untuk bayi yang baru dilahirkan.

Dalam tempoh 10 tahun ini, Program Persampelan Ibu Terbaru dari Dettol telah mendedaki 2 juta ibu di Malaysia.

Antara Bayi ‘Tahun Kuda’ Yang Diraikan.

Daniel Asyraaf Rashid, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

Tahniah buat keluarga Daniel Asyraaf Bin Rashid kerana beliau merupakan bayi “Tahun Kuda” yang pertama di antara 10 hospital yang mengambil bahagian!

Nama Hospital: KPJ Ampang Puteri
Nama Bayi: Daniel Asyraaf Bin Rashid
Jantina: Lelaki
Waktu Kelahiran: 0215 am
Nama Ibu: Siti Hawa Sarpan
Nama Bapa: Rashid Ali

Kata Ungkapan dari Ibu: Saya berasa sungguh bahagia dan teruja di atas kelahiran bayi saya yang kesembilan ini. Saya juga tidak sangka akan mendapat Angpau sebanyak RM888 dan juga hamper dari Dettol. Penjagaan kebersihan amat penting bagi memastikan tumbesaran anak-anak dan kesejahteraan keluarga saya. Saya juga pengguna Dettol. Terima kasih kepada Dettol di atas hadiah ini.

Baby Boy, Tropicana Medical Centre

Nama Hospital: Columbia Asia Hospital Puchong
Nama Bayi: Adelia Darnisa Binti Iezam Afiffan
Jantina: Perempuan
Waktu Kelahiran: 0557 am
Nama Ibu: Shaema Binti Mohd Hamim
Nama Bapa: Iezam Afiffan

Kata Ungkapan dari Ibu: Saya berasa sungguh seronok sekali di atas kelahiran bayi saya yang ketiga ini. Pemberian Angpau sebanyak RM388 dan juga hamper dari Dettol merupakan kejutan yang manis sekali buat saya dan keluarga. Penjagaan kebersihan amat penting bagi memastikan anak saya terlindung dari bakteria. Saya dan keluarga juga pengguna Dettol. Terima kasih kepada Dettol di atas hadiah ini.

Darryl Law, Columbia Asia Hospital Bukit Rimau

Nama Hospital: Columbia Asia Hospital Bukit Rimau
Nama Bayi: Darryl Law
Jantina: Lelaki
Waktu Kelahiran: 0606 am
Nama Ibu: Dr. Tan Sin Yi
Nama Bapa: Dr. Law Hui Ying

Kata Ungkapan dari Ibu: Saya berasa sungguh bertuah. Tuah yang berganda buat saya dan keluarga diatas kelahiran bayi kami dan juga pemberian Angpau sebanyak RM388 dan juga hamper dari Dettol. Penjagaan kebersihan amat penting bagi memastikan anak dan keluarga saya sentiasa sihat. Saya dan keluarga juga pengguna Dettol. Terima kasih kepada Dettol di atas hadiah ini.

Adelia Darnisa Iezam Afiffan, Columbia Asia Hospital Puchong

Nama Hospital: Pusat Perubatan Tropicana
Nama Bayi: (Belum diberi nama)
Jantina: Lelaki
Waktu Kelahiran: 0741 am
Nama Ibu: Nur Liyana Dalila Binti Mohd Nasir
Nama Bapa: Adli bin Azeman

Kata Ungkapan dari Ibu: Saya berasa amat gembira dengan kelahiran cahaya mata kami yang pertama. Saya juga berasa amat bertuah diatas pemberian Angpau sebanyak RM388 dan juga hamper dari Dettol. Kali pertama menjadi seorang ibu, saya amat berterima kasih kepada Dettol atas pemberian barangan hygin dan antisaptik kerana ia dapat membantu saya dalam penjagaan kebersihan bayi saya. Terima kasih kepada Dettol di atas hadiah ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Bayi ‘Tahun Kuda’ Diraikan Sempena Tahun Baru Cina Oleh Dettol

Leave a Reply

Top