17,167,109 total views, 629 views today

Nasi Goreng Ayam RM6 – Mahalnya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng ayam RM6, mungkin harga standard sekarang kot. Lebih-lebih lagi bila negara kita, Malaysia dilanda krisis kenaikan harga barang secara berjemaah bermula tahun 2014 ini.

Ke tempat korang harganya masih murah lagi?

Korang mesti nak tahu kenapa Bro cakap nasi goreng ayam yang berharga RM6 ini mahal?

Nasi sikit + ayam kecik + tak de timun + sup pun tiada + restoran yang jual pun biasa-bisa. Sedap lagi Nasi goreng ayam dekat Sup Meletup. Walaupun harganya murah, ayamnya pun cukup menyelerakan + nasinya banyak + supnya memang power.

Nak komplen lelebih, kedai melayu. Kalau mamak tue, tak pe la juga.

Bicara Bro : Teringat dulu masa memuda makan nasi goreng ayam RM2.50 je. Kemudian naik ke RM3, RM3.50 dan seterusnya. Memang terasa perbezaannya.

Tapi kalau boleh, harga naik, jangan pula makin sikit nasinya ataupun kesedapannya pun kurang.

Pak Menteri sure tak layan kot nasi goreng ayam harga macam nie. Itu pasal tak rasa sangat impact bila sesuatu harga dinaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Nasi Goreng Ayam RM6 – Mahalnya

  1. apa nak buat, bayar je lah.. hihihi

  2. Rm6 tu ok lagi.. ada 1 restoran masakan thai.. alah restoran tomyam biasa jer.. bukan high class sangat pun… Nasi Ayam RM8. terkejut jugak.. nasi ayam dia nasi tu x macam nasi ayam biasa kita makan.. macam nasi kuning jer.. ayam biasa je. Standart kita makan kat tempat lain nasi ayam camtu cuma RM4 – Rm4.50 jer… Rasa pun takde la sedap sangat boleh la..

  3. kira murah lagi tu. kalau sedap, kira masih berbaloi.

    yang jadi masalah..kalau tak sedap. Yang murah lagi memang kena kutuk.

    1. Harga mcm x ok bg restoran melayu yg service dan kebersihan standard kedai tepi jalan.

      Memang xsedap, cuma ini je yg dekat dan keliling semua kedai cina… Hidup selama ini pun sebab orang lain tiada pilihan lain.

      Kalau keliling ada kedai melayu, rasanya dah tutup dah kedai nie

  4. Kalau Rm 5.50 ok lagik. Nasi goreng tu bkn ssh pn nak wat. Kalau buang ayam, nasi tu harga bape?

  5. Perghh.. Harga nasi ayam pun dah naik dah.. Tapi kalau rasa nasi ayam ni kena pada harganya, mungkin pelanggan rasa tak kisah membelinya…

  6. Kos sara hidup semakin meningkat….

  7. Apa nak buat semuanya serba serbi mahal..tunggu Iera habis pantang eh bro…nanti suh Iera masak, bawak bekal…jimat pun jimat…SA dah biasa dah…hehehehe…tp apa yang SA nampak, orang kita yang terlebih2 naikkan harga especially makanan…

  8. Teringatkan akan adik ipar(peniaga makanan) tak sampai hati untuk kurang itu ini semasa menjual Nasi Lemak. Bagi beliau biarlah pelanggan rasa puas makan dengan harga yang dibayar.

  9. Setuju, biarpun harga mahal, asalkan kualitas rasa masih dipertahankan, bagi saya itu tidak masalah.. 🙂

  10. beli bahan buat sendiri makan la banyak kali- moto hidup 2014..ahakss

  11. Aku pernah makan nasi goreng ayam RM12.. tp berbaloi sebab nasi banyak (macam 2 org makan), ayam pun besar.. sedap plak tu..

  12. Mak oiiii mahalnya. Rasanya nasi tu tak sampai separuh pun. Kosong pula tu. Lembik pula tu. Ayam pun sikit… keras dan kering jer nampaknya. Sampainyaaaa hati peniaga tu. Hanya Allah saja yang tahu niat dia.

  13. nie mesti pakai ayam thailand tu pasal harganya tinggi…..hoho

  14. kalau mee goreng ayam RM7 mahal tak?

  15. Mahalnye syg..kedai mane tu..kt sup meletup lg murah dan sedap dan banyak dan boleh refill sup banyak kali..he..23x

  16. Semua barang harga mau naik, lebih-lebih lagi makanan.

  17. Kalau cenggini memang kena beli kat kedai lain la pulak bro….

Leave a Comment