You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Lawak Ke Der 3 : Douglas Lim Paling Menyinar

17,310,967 total views, 183 views today

Lawak Ke Der 3 : Douglas Lim Paling Menyinar

Douglas Lim Lawak Ke Der 3

Lawak Ke Der 3 sudah mula membuka tirainya dari 4 hingga 8 Disember ini bertempat di Istana Budaya.

Kali ini tanpa kehadiran Jozan (yang mungkin busy dengan show yang berderet-deret) ditampilkan pula Douglas Lim yang mungkin ramai tidak mengenali mamat cina ini. Apakah yang Hans Issac buat nie?

Adakah Hans berniat nak menaikan populari Douglas Lim sama seperti Harith Iskandar yang menjadi perbualan selepas persembahan Lawak Ke Der dan dinanti-nantikan pada Lawak Ke Der 2?

Bak kata Douglas, Hans ambil dia sebab murah.

Yup murah… (tak pasti real or just joke sebab dia pun merupakan pelawak yang sudah 18 tahun dalam industri ini)

Tapi, semua perspeksi penonton pada malam pertama Lawak Ke Der 3 mula berubah ketika Douglas berturut-turut melakukan punchline yang mampu membuat satu panggung ketawa.

Bak kata Nabil, “lepas nie, susah aku nak cari makan”

Habis persembahan beliau, satu panggung bangun memberikan tepukan gemuruh untuk Douglas. Bro pandang ke belakang melihat Hans Issac tersenyum, dalam hati Bro berkata, “Lu memang best Bro”. Sekali lagi, anda berjaya mengetengahkan bakat yang ramai orang tidak perasan.

Bak kata Harith Iskandar, “budak cina mana yang dasyat menyanyi lagu melayu itu, Best Gila Babi Sial…!!!”

Bicara Bro : All da best untuk semua produksi Lawak Ke Der 3 dan juga Hans Issac.

Untuk pengetahuan semua Douglas Lim juga terlibat dengan pementasan Teater Musikal Supermokh arahan Hans Issac juga di Istana Budaya. Terima kasih Escape kerana sudi menaja tiket Bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Lawak Ke Der 3 : Douglas Lim Paling Menyinar

  1. Hampir nak menangis rasanya bila habis je lawak dia. Macam sekejap sangat and dia berjaya buat yang terbaik dengan keadaan nervous sebab first time buat stand up comedian kat Istana Budaya. Tengok cara dia pegang mic bila nervous. Hehehe.. Walaupun pertama kali, and boleh dikatakan setiap saat ada je punch line, memang dia paling menyerlah malam tadi. Congrats HANS ISAAC! Berjaya lagi mengetengahkan lagi satu bakat yang mungkin orang tak nampak. Mana tahu suatu hari nanti Douglas akan setaraf dengan Awie di pentas IB? ๐Ÿ™‚

  2. Ya Allah, mesti best kan Lawak Ke Der 3 ni. ๐Ÿ™‚

    Eh, Broframestone!

    Dengarnya para blogger ada dapat 2 tiket percuma ke Istana Budaya “Lawak Ke Der 3”.

    Asyrof tak dapat pun.

    Siannya ..

Leave a Reply

Top