Selamat Hari Jadi Isteriku Iera KanSelamat hari lahir buat isteriku.

Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Harap sentiasa bahagia hidup bersamaku.

Terima kasih dengan kehadiran cahaya mata kita yang comel cute (sorry xpandai nak puji anak sendiri) tapi Abang suka tengok senyuman dia.

Nampakan dia selasa dan tenang bersama kita.

Umur baru sehari dua dah pandai senyum. Mungkin ikut awak yang suka tersenyum bila saya melawak.

Maafkan abang sayang.

Abang tak reti nak buat kejutan seperti mana yang awak pernah buat sebelum ini dengan rakan-rakan.

Selamat hari jadi buat awak yang ke 23 tahun.

Untunglah umur 23 tahun sudah ada anak. Harap dia pula selepas ini yang mampu buat awak tersenyum bila saya tiada disisi awak.

Alamak…!! Tertulis nama anak dekat kek.

Ala.. Bukan korang boleh agak pun nama anak bro kan. Bagaimanapun belum official lagi. Tunggu dah daftar nanti, baru umumkan kepada korang.

Bukan pasal retis ke or nak berahsia.

Buat masa sekarang nak tahu baby ini boleh bawa ke tak nama itu. Kalau tidak, tukar nama lain. Biar korang boleh panggil dia dengan nama yang mak bapak dia berikan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter