You are here
Home > Travel Blog > Aktiviti Snorkeling Di Pulau Sibu, Johor

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Sibu, Johor

Snorkeling Suami Isteri

3 hari 2 malam di Felda Residence Tanjung Leman tidak akan lengkap tanpa mengikuti akiviti snorkeling di Pulau Sibu.

Perjalanan hanya mengambil masa 20 ~ 30 minit dari Jeti Tanjung Leman.

Perjalanan seawal 8.30 pagi dari Jeti Tanjung Leman tidak mengecewakan kami. Cuaca cerah dan tidak terlalu panas.

Cuma di jeti terdapat ramai pelancong menantikan bot untuk ke Pulau Sibu Besar dan juga resort di pulau berhampiran.

On The Way To Pulau Sibu, Johor

Bagi mereka yang mabuk laut seelokanya bawa bekalan yang sepatutnya.

Bagi Bro, pengalaman menaiki bot di laut sambil menikmati keindahan pulau berhampiran + bermain dengan percikan air mampu buat Bro menginbau kenangan lama.

Jauh gak Bro termenung waktu itu. Rasanya dah sampai ke Hawaii kot.

Iera Kan Pantai Pulau Sibu

Sampai di lokasi kami snorkeling (Pulau Sibu Kukus), masing-masing keluarkan kamera masing mengambil gambar di lokasi berkenaan. Menyesal pula tak bawa tikar dan makanan ke sini. Kalau tidak, dapat juga berkelah disini.

Airnya jernih dan cetek memudahkan kami menjalankan aktiviti snorkeling.

Penerangan keselamatan sebelum snokerling

Tetapi sebelum itu,

Kena dengar penerangan dan tip keselamatan dari pegawai yang bertugas. Apa-apa jadi nanti, siapa yang susah. Jangan spoilkan kegembiraan orang lain dengan kemalangan yang bakal kita hadapi kelak.

(Sorry guys… Bro selak-selak kamera. Tak de picture time Bro tengah snorkeling. Nampak sangat tak de yang ambil gambar waktu berada dalam air)

Korang layan je la pic yang ada dalam kamera Bro ini ek.

Malangnya aktiviti ini hanya disediakan dibawah pakej yang ditawarkan oleh tempat yang anda menginap.

Cara terbaik,

Elok sekiranya anda bertanya dengan tempat penginapan anda tentang pakej yang mereka sediakan.

Snorkeling Package (3 hari 2 malam0 – RM330/seorang

  • Superior Room (twin sharing)
  • 2 x Breakfast
  • 2 x Lunch
  • 2 x Dinner
  • Karaoke Lounge
  • Snorkeling activitity (Boat transfer to Sibu Kukus + Snorkeling Gear (Fins Optional) + Maximum 3 Hours)

Selain Snorkeling, Felda Residence Tanjung Leman juga menyediakan aktiviti air seperti berkayak dan juga jet ski. Tidak lupa juga bagi aktiviti pantai seperti bola tampar dan juga bola sepak (main atas pantai)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web – Felda Residence Tanjung Leman

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Aktiviti Snorkeling Di Pulau Sibu, Johor

  1. last year try pergi pulau tioman. ..farah turun kat tekek. ..memula farah stay kat Kg juara…dalam 3 hari cam tu lah…malam ke empat farah stay kat tekek sebab kat Kg juara tak ada snorkeling. .bila sampai kat tekek memang best swimming and snorkeling. ..ikan ikan kat situ jinak..siap bagi roti ngan biskut lagi…

Leave a Reply

Top