Lasertag tournament bersama RedMummy Blogger Gathering.

Mungkin ada yang menyampah sebab dua tiga menjak ini, Bro selalu update mengenai lasertag. Lasertag sekarang ini sudah menjadi aktiviti bulanan kami suami isteri.

Dalam masa yang sama, Blogger RedMummy ada mengajurkan Blogger Gathering bermain lasertag di e@Curve, Damansara. Maka perluang ini digunakan sebaiknya oleh kami suami isteri.

Bila lagi kami berdua nak beriadah bersama.

Masing-masing busy dengan kerjaya dan tanggungjawab.

Gambar diatas ini, 2 pasukan yang berjaya mara ke final- Mak Jemah (Team Cik Epal) vs Arena (Team Bro).

Team Bro tewas dengan jurang yang besar difinal atas masalah teknikal pada kelengkapan kami dan pihak lawan sudah bersedia dengan beberapa strategy membahaya.

Tetapi paling mencabar Bro rasa,

Adalah menentang Team Slurpee sewaktu Semi Final. Boleh dikatakan strategy Team Bro tunggang langgang. Semuanya gara-gara pihak lawan meletakan kanak-kanak sebagai umpan dan penyerang berani mati.

Kami kehabisan tenaga sebab nak lari dari bebudak ini.

Team Arena Blogger Lasertag

Terima kasih Bro ucapkan kepada ahli-ahli dari Team Arena yang sudi berjuang dengan Bro. Korang memang power..!!

  1. Bro Framestone
  2. Pena Berkala
  3. Belia Muda
  4. Cik Siezuka
  5. Iera Kan
  6. Deq Noor

Next time insya’lah Bro akan anjurkan tournament Lasertag atas nama Tajaan Sdn Bhd.

Video sepanjang RedMummy Lasertag Blogger Gathering

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter