You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > 30% Tenaga Elektrik Di Suria KLCC Dari Tenaga Solar

17,454,285 total views, 6,754 views today

30% Tenaga Elektrik Di Suria KLCC Dari Tenaga Solar


Bro baru-baru ini telah dijemput menghadiri majlis perlancaran Sistem Solar Photovoltaic ( PV ) di roof-top Suria KLCC dan melihat sendiri PV yang telah dipasang.

Majlis ini telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Yang Berbahagia Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui bersama dengan kehadiran VIP lain seperti Ketua Pegawai Operasi Petronas, YB. Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pegawai KLCC Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Encik Hashim Wahir serta Naib Presiden Kanan Mitsubishi Corporation, Encik Kazuyuki Mori juga turut sama memeriahkan majlis.

Sistem ini merupakan hasil usahasama Petronas Berhad dengan Mitsubishi Corporation.

Ianya satu kebanggaan buat kita sebagai rakyat Malaysia.

Dimana Pusat Membeli-Belah Suria KLCC di bawah pengawasan KLCC Property Holdings Berhad telah menempa sejarah sebagai mercu tanda pertama yang menempatkan papan solar terbesar di atas bumbung sebuah pusat membeli-belah di Malaysia.

 

Sistem PV ini dipasang pada keluasan 9,000 kaki persegi dengan kapasiti puncak 685 kilowatt. Pemasangan system ini telah bermula pada April 2011 dan mengambil masa hanya 9 bulan untuk disiapkan.

Ia telah memulakan operasi pada Februari 2012 dan mampu menghasilkan lebih 600 Megawatt tenaga solar setiap tahun cukup untuk kuasa sehingga 250 isi rumah . Ia kini mampu membekalkan kira-kira 30% daripada keperluan tenaga di Suria KLCC.

Untuk pengetahuan anda,

Sistem panel solar ini telah dipasang dan disusun mengikuti corak seni bina Islam dan songket berserta elemen-elemen reka bentuk tradisional motif yang biasa untuk Menara Kembar PETRONAS. Ianya boleh dilihat dengan jelas dari Menara Kembar PETRONAS dan bangunan pencakar langit di sekitarnya.

PETRONAS’ Solar Photovoltiac (PV) System mengabungkan 6 teknologi yang berbeza :
1. Mono-crystalline silicon
2. Poly-crystalline silicon
3. Copper indium gallium selenide (CIGS) thin film
4. Tandem thin film
5. Copper indium selenium (CIS) thin film
6. Hybrid heterojunction with intrinsic thin layer (HIT)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “30% Tenaga Elektrik Di Suria KLCC Dari Tenaga Solar

Leave a Reply

Top