Monday Blues

Itu yang biasa dihadapai oleh bro dan mungkin korang juga.

Celik mata, perkara pertama yang terdetik dalam hati bro, “hari ini cuti tak”. Tapi kepada hanya hari isnin sahaja hati bro akan terdetik sedemikian.

Hari lain tak ada la pula.

On laptop, On wifi dekat Tab, On wifi dekat iPhone.

Setiap satunya buka blog, email, facebook, twitter, instagram, paper online, youtube, game etc.

Satu pun tak menarik perhatian bro.

Lagi-lagi bila tidak dapat menerima hakikat team memanah kebangsaan tewas di Olimpik.

Kadangkala terasa macam bro tiada matlamat dalam kehidupan bro. Buat benda yang membosankan setiap hari.

Tidak seperti bro yang dahulu, yang sentiasa memasang impian dan mempunyai hala tuju @ matlamat dalam hidup dan apa-apa benda yang diceburi.

Nampaknya perlu perbaiki cacat cela pada diri dan kembali bersemangat seperti dahulu. Seseorang yang ramai kenali dan sanjungi.

Perkara yang perlu bro buat pagi isnin adalah susun atur jadual bro sepanjang seminggu, tak nak jadi macam tempoh hari. Tak pasal-pasal terlepas banyak event.

Ok, dah susun jadual event minggu ini, task untuk minggu ini (eh ada contest la), kena pastikan pembantu peribadi bro free untuk seminggu nie (minggu lepas dia complain sebab selalu ajak dia last minit)

Ok, mulakan hari ini dengan bismillah.

Bicara Bro : Minggu ini banyak jemutan untuk berbuka puasa.

Minggu nie juga dok sms dan berbalas email dengan rakan artis. Kena cari banyak duit dalam masa terdekat.

Oh, dia hari ini settlekan urusan di pejabat agama Johor. Moga dipermudahkan -amin-