You are here
Home > Iklan > Trilogi Rompakan Bersepadu : Episod 1 – Plan B

17,415,183 total views, 3,578 views today

Trilogi Rompakan Bersepadu : Episod 1 – Plan B

Trilogi Rompakan Bersepadu.

Ini baru bahagian pertama. Ada 3 bahagian kesemuanya (dah namanya trilogi).

Dimana untuk episod pertama bertajuk Plan B. Karya sahabat bro, Aloy Paradok. Seorang karyawan yang mampu memuaskan nafsu seni bro.

Simple, mudah faham, bajet kecik dengan kepuasan bersama. Tak perlu artis popular, tak perlu pemain muzik terkenal.

Jom, bro nak jemput korang semua layan teater ini.

Sinopsis :

5 orang lelaki perompak semi-pro yang melakukan rompakan ke atas sebuah kedai emas. Halim menjadi perancang utama dan mengetuai 4 lagi rakan yang lain, Nizam, Jumat, Zul dan Dani.

Serbuan dari pihak polis membuat mereka terpecah pada beberapa kumpulan lain. Dan setiap kumpulan membawa satu beg sarat berisi emas hasil rompakan. Semua yang di plan seolah sudah lari. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik semua itu ada lagi sesuatu yang di plan dan sedang berjalan.

Siapa yang plan dengan siapa? Ada berapa plan? Dan plan mana yang berjaya?

Karya & Arahan :Aloy Paradoks
Lakonan : Fasyali Fadzly, Rayza MukMin, Shyrudin, Aman Nassim, dan Mustaqim
Tarikh : 03 mei – 06 mei 2012.
Tempat : Stor Teater DBP, KL.
Tiket : RM 20.
Tempahan : 012-6293327/ 03-78317949

Info lanjut di Facebook Rompakan Bersepadu. Jangan lupa RSVP kehadiran anda ye!!

Sebuah lagi teater terbitan PARADOKS PRODUCTIONS.

Dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Bicara Bro : Bro memang kaki teater. Cuma bro tak suka lepak layan teater di Istana Budaya.

Lebih suka bersila di atas lantai, sambil menikmati naskah rompakan bersepadu (kes panggung penuh + nak duduk depan sangat)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Trilogi Rompakan Bersepadu : Episod 1 – Plan B

Leave a Reply

Top