You are here
Home > Projek 100 Bloggers > Sampai Bila Anda Nak Menulis Blog Secara Percuma?

17,435,445 total views, 3,110 views today

Sampai Bila Anda Nak Menulis Blog Secara Percuma?

Sampai bila anda nak menulis blog secara percuma?

Bro tahu blog anda adalah personal, anda tulis apa yang anda nak. Itu hak anda.

Tetapi berbaloi tak jika anda menulis mengenai review filem, review makanan, perlancongan anda, produk kecantikan anda dan sebagainya secara percuma?

Dan tahukah anda,

Diluar sana banyak syarikat yang sanggup bayar anda untuk menulis mengenai produk dan perkhidmatan mereka di blog anda.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana blogger seperti bro, seperti Ben Ashaari dan blogger-blogger Nuffnang yang tayang cek beribu-ribu di blog mereka.

Jangan cakap dengan bro, semuanya datang dari iklan Nuffnang yang pembaca blog mereka klik di blog ereka.

Tetapi,

Ianya datang datang dari post berbayar (advertorial) dimana mereka dibayar untuk menulis di dalam blog. Ada nilainya puluhan ringgit, ada yang sampai ratusan dan ribuan ringgit uuntuk satu blog post.

Anda pula?

Dok kejar SEO kejar trafik setiap hari. Bagai nak pecah kepala fikir apa nak tulis di dalam blog. Sehari sampai 5-10 kali update blog.

Tetapi pendapatan hanya beberapa ringgit sehari.

Kalau pasang innity, AdMax tak apa la juga. Tetapi nak apply trafik kena tinggi. kalau takat 500 sehari, tiada sapa-sapa nak pandang blog anda.

Jom sembang santai bersama Bro Framestone & Altimet di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya

Pada 11 April 2012 pukul 8 malam.

Kemasukan percuma, info lanjut di sini.

Macam bro,

Banyak syarikat yang minta bro menulis di blog. Walaupun bayaran dari mereka tidak mencecah ribuan ringgit. Tetapi berbaloi untuk bro promosikannya di dalam blog bro.

Ada juga syarikat yang meminta bro kongsikan event mereka di blog bro.

Dan disebabkan ini, bro invite korang untuk join Projek 100 Bloggers yang bro anjurkan.

Tak kisah anda popular atau tidak, bro buka perluang kepada mereka yang mampu memartabatkan blogger.

Bro xsanggup nak lihat blogger dipaksa menulis tanpa dibayar… (takat suap makan dan bagi goodies bag mana cukup).

Jangan jadi mangsa PR company yang mempergunakan blogger for FREE..!!!

Kredit gambar : Teratakarmo

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

77 thoughts on “Sampai Bila Anda Nak Menulis Blog Secara Percuma?

  1. Sejak Bro launch #Projek100Bloggers ni tiap2 hari saya cari idea nak naikkan blog.. Haha.. Siap abes bandwith lagi aritu.. Skrg nak kena cari duit untuk upgrade hosting pulak sebab xleh nak boost lagi traffik..

  2. Suka dengan ayat last tu “Jangan jadi PR company yang mempergunakan blogger for FREE”.

    Betul, kalau setakat ajak dok meeting tapi tak dapat apa2 baik tak payah. Memang betul, ada company macam ni, kononnya nak menggunakan media sosial, tapi tak pandai ambil hati blogger.

    1. bro dah banyak kali kena…

      dorang cakap win-win situation…

      Tapi bro sendiri tak win apa-apa…

      Takat trafik naik sikit tue boleh la.. tapi kalau tiada pun, bro masih tetap mampu dapat trafik macam tue

    2. akak setuju ngan komen awk neh. depa neh nak gah ajer, panggil kita tp tatau pon psl new media sosial neh.. s**l!!…ehehheheh

  3. terbaik entri ni.. memang betul apa yang dikata.. hari2 pening kepala dok pikir cara nak naikkan trafik.. sampai satu tahap nanti otak bleh jadi ‘blank’.. akhirnya mood blogging pun mungkin akan menurun sebab tak berbaloi dengan usaha yang dibuat..

    tapi ada juga blogger yang menulis sebagai hobi dan tak mengharapkan apa2 duit dari blog dia..

    1. bro pernah blank satu ketika dulu…

      itu pun masa zaman, satu hari satu entry je…

      sekarang nie.. dah x kisah, ada benda baru tulis.. tiada pun tak apa…

      trafik?

      just cuba maintainkan atas 2k sehari. so xde la rasa cam tertekan sangat…

      berblog hak masing-masing… cuma xnak ada rakan blogger yang dipergunakan oleh mereka yang menyalahgunakan bloggers

  4. aku nak masok tapi tak smpt..dah tutupkan 100blogger neyh??nak kejar tang trafik tuh, tak smpi 500 lg..neyh tngh usaha..mintak bro bukak lagi..

  5. Memang betul tu bro. Tak salah menulis sekadar untuk berkongsi tapi lagi baik kalau dapatkan habuan dari setiap penulisan kita.

    Berminat juga nak join projek ni. Blog saya ni layak ke tak ek?

  6. hmmm….:)

    nice entry bro. sy pon tepikir.sampai bile ek????takpela, maybe tk smua dpt peluang tu. so diorg pon terima jela brpa dpt pon

  7. aku dah xnak personal blog sebab xdpt langsung apa2 income.. sebab tu kejar trafik guna SEO… nak capai syarat innity…

    setahun dah buat personal blogging.. xde aper yang aku dpt..hu2

    1. bro 3 tahun blog personal,

      banyak gak bro dapat. jemputan itu ini, bagi talk sana sini.

      Now blog bro pula dah jadi tempat orang mengiklan.. masih juga personal.. innity? macam tak ikhlas nak bagi… so bro cari cara lain.

      Ada banyak je caranya..

      Dan bro tak pernah rasa menyesal dengan apa yang bro lakukan. Walaupun bro xkerja makan gaji or berada di jawatan yang orang pandang tinggi bro…

      Eh 4x bro dapat tawaran kerja semuanya sebab blog bro 🙂

  8. entri yang memang terbaik..pada awalnya memang setakat nak buat blog personal je, namun semakin lama berblog adakalanya terfikir juga apa salahnya kalau minat itu dijadikan pendapatan sampingan kan dan mungkin juga pendapatan tetap one day..

    so sekarang ni dalam proses memperbaiki kualiti blog. semua ini thanks to bro juga 🙂

    1. Blog kena mantap la…

      Kalau tidak, mereka pun tak yakin nak mengiklan di blog kamu…

      Untuk Projek 100 Bloggers ini, bro sendiri yang akan dapatkan syarikat @ projek untuk diberikan kepada blogger2 yang lain

    2. Entah… Siapa yang cakap ek?

      Bro start berblog since 2006.. Tapi bro xrasa blog bro mantap…

      Tapi kalau x salah bro.. blog akan dipandang sekiranya berumur lebih 1/2 tahun…

      sebab dalam tempoh masa tersebut, google akan page rank kan dan alexa rank pun akan ada…

      ini memudahkan dan membuat klient meletakkan kepercayaan kepada blog tersebut.

      Bro akui, banyak blog yang naik mendadak, lepas tu hilang selepas setahun dua kewujudan dia

  9. entry penaik semangat ni… nak cari duit untuk blog…nak bayar hosting yg akan tamat tak lama lagi…. :)ada sapa2 nak upah post berbayar tak?? hihi…

    Alhamdulillah… permohonan admax dah diluluskan… berjanggut jgk tunggu kelulusan depa ni… 🙂

    1. Bro hosting tiap2 bulan renew.. Ini pun ada satu lagi hosting perlu direnew dalam masa terdekat.

      Berapa lama ek baru approve.

      Bro baru je apply, xtau dapat ke x..

    2. lepas apply admax,depa akan email borang keahlian untuk kita isi… lepas tu kena la tunggu kelulusan depa.. dekat sebulan jgk kot… 🙂

      blog bro mesti dpt punya.. sabar byk2 yer..

  10. Cik Bunny selalu review blogshop dll. Ada review berbayar dan ada yang free. But most of them adalah free. Alhamdullilah agak berbaloi buat review sampai ada yang bayar untuk minta Cik Bunny review bisnes mereka =) apepon, Cik Bunny tak lupa target sebenar buat blog.
    Tahun ni agak kurang skit layan blog. Kalau sempat, buat entri sekali sehari dah cukup.

  11. salam bro, niat hati memang nak sangat join tapi belum lepas syarat yg bro tetapkan tu.. dgn berat hati terpaksa beri laluan kpd blogger yang menepati syarat2 bro tu.. kalau ada projek mcm ni lagi, saya akan pastikan blog saya tersenarai!

  12. Bagus usaha yang bro sedang lakukan ni…
    Saya akan sentiasa menyokong apa yang bro buat selagi ia memberi kebaikan kepada blogger..Lagipun saya rasa pengiklanan biasa (bukan advertorial) seperti ada unsur2 penipuan.. golongan yang ditindas..Sudah tentunya blogger..

  13. aku skang ni hanya berminat untuk flip blog sahaja..lagi senang dan simple..build and sell..blog hanya dijadikan tempat perkongsian kepada reader..takde masa untuk cari advertiser dah..biarkan semua jadi autopilot…

    market Malaysia ni dah cukup la aku selam, walau tak dalam..haha..:D

  14. Bro. Blog aku ni dikategorikan copy paste ke sebab aku share benda yang dah ada di internet macam artikel, video dan gambar menarik. Boleh ke join?

    Trafik no hal je 🙂
    .

Leave a Reply

Top